Penghasilan karboksimetilselulosa (CMC) daripada lignoselulosik tandan kosong buah kelapa sawit (EFB)
Loading...
Date
2006-07
Authors
Munawar, Rose Farahiyan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tandan kosong buah kelapa sawit (EFB) telah dikenali berpotensi dijadikan
sumber selulosa, meskipun ia biasanya dijadikan sisa pertanian di Malaysia. Kajian ini
tertumpu kepada kaedah pengaplikasian EFB bagi penyediaan karboksimetilselulosa
(CMC) dan ciri-cirinya. Pulpa selulosa berketulenan tinggi diperolehi daripada EFB
menggunakan teknik pendeligninan mesra alam (pemulpaan soda) dan siri pelunturan
melalui teknologi bebas klorin sepenuhnya (oksigen,ozon dan peroksida). Pulpa terlarut
yang dihasilkan memenuhi spesifikasi dengan no kappa 1.8, a-selulosa 92.8% dan
peratusan abu yang sangat rendah. Pulpa EFB yang dipencilkan daripada sisa EFB
ditukarkan kepada karboksimetilselulosa (CMC) melalui proses pengeteran
menggunakan natrium kloroasetat dan natrium hidroksida. Tindak balas dioptimumkan
menggunakan rekabentuk eksperimen statistik, yang dinamakan rekabentuk permukaan
sambutan (RSM) melalui teknik rekabentuk komposit berpusat (CCO). Empat
pembolehubah tak bersandar yang dikaji untuk proses pengkarboksimetilan ialah
kepekatan alkali (NaOH), amaun natrium kloroasetat (SCA), suhu (T) dan masa (t)
tindak balas. Produk akhir yang telah dioptimumkan mempunyai da~ah penukargantian
(OS) yang tinggi pada 0.568 yang setanding dengan lain-lain sumber selulosa. Keadaan
optimum bagi proses pengkarboksimetilan pula ialah amaun natrium kloroasetat pada
125%, kepekatan NaOH sebanyak 25%, suhu tindak balas pada 60aC dan masa tindak
balas pad a 150 min. Analisis Fourier Transform Infra Red (FTIR) telah digunakan untuk
mencirikan produk akhir dan pulpa EFB. Puncak-puncak penting seperti regangan
kumpulan -OH, getaran regangan C-H, kumpulan karboksil (COOl pengguntingan -
CH2• pembengkokan -OH dan regangan >CH-O-CH2 hadir pad a kesemua 30 sampel
CMC. SEM-EDX menunjukkan morfologi jangkaan dan kandungan pulpa EFB dan CMC
yang telah dioptimumkan. Manakala sifat-sifat terma pelbagai standard CMC dikaji
mengunakan teknik Differential Scanning Calorimetry (DSC) dibawah kawalan nitrogen
dengan nilai takat lebur (T m) pada julat 60°C-90°C. Kesemua sampel CMC juga didapati
mempunyai tahap ketulenan yang sangat baik dengan nilai purata 98.29%.
Description
Keywords
Kaedah pengaplikasian EFB bagi penyediaan , karboksimetilselulosa (CMC) dan ciri-cirinya.