Permodelan Hubungan Faktor-Faktor Kerjaya Dengan Integrasi Ict Terhadap Amalan Pengajaran Berinovasi Dalam Kalangan Guru Cemerlang
Loading...
Date
2018-05
Authors
Mahmood, Shaarani
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada Teori Pembelajaran Kaunseling
Kerjaya Krumboltz (1990) boleh digunapakai untuk menjelaskan kesan kemahiran dan
keyakinan dalam melakukan perkara-perkara baharu terhadap inovasi pengajaran dan
integrasi ICT di dalam kelas di kalangan guru-guru cemerlang. Guru-guru Cemerlang telah
melalui pelbagai latihan dalam perkhidmatan secara berterusan dalam kepakaran subjek
masing-masing. Di samping itu, mereka telah didedahkan kepada pelbagai inisiatif ICT
untuk pengajaran dan pembelajaran dan telah membuktikan keupayaan mereka di dalam
penguasaan mata pelajaran dan juga dalam penghasilan pelajar berpencapaian tinggi.
Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 59 item berskala Likert yang
melibatkan lima faktor (Suasana Kerja, Profesionalisme, Inovasi Pengajaran, Amalan
Pengajaran serta Integrasi ICT) yang telah disesuaikan untuk kajian. Seramai 360
responden yang merupakan para guru cemerlang dari sekolah-sekolah di Malaysia dan
dikenalpasti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah terlibat dalam kajian berbentuk
tinjauan ini. Data telah dianalisa menggunakan model persamaan berstruktur (SEM) dalam
SmartPLS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa model yang terhipotesis adalah sepadan
dengan data yang dikutip. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa Suasana Kerja
melaporkan kesan langsung positif yang signifikan terhadap Profesionalisme dengan nilai β
= 0.270 dan Integrasi ICT dengan nilai β = 0.162. Profesionalisme pula melaporkan kesan
langsung positif yang signifikan ke atas Inovasi Pengajaran dengan β = 0.413, serta ke atas
Amalan Pengajaran dengan β = 0.122. Sementara itu, Inovasi Pengajaran juga melaporkan
kesan langsung yang positif yang signifikan ke atas Integrasi ICT dengan β = 0.416.
Description
Keywords
Faktor-faktor kerjaya dengan Integrasi ICT , pengajaran berinovasi dalam kalangan guru cemerlang