Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya Tumpuan Dan Hiperaktif (ADHD)

dc.contributor.authorAbdul Wahab, Rohiza
dc.date.accessioned2016-06-21T04:43:13Z
dc.date.available2016-06-21T04:43:13Z
dc.date.issued2015-02
dc.description.abstractGaya pembelajaran merupakan indikator penting untuk meningkatkan kualiti pembelajaran seseorang pelajar. Kajian telah dijalankan bertujuan untuk menganalisis gaya pembelajaran paling dominan dalam kalangan pelajar ADHD. Soal selidik digunakan untuk memperoleh data dan seramai 235 responden dinilai oleh guru pelajar berkenaan dengan menjawab borang soal selidik. Manakala, kaedah pemerhatian menggunakan senarai semak pemerhatian dan protokol temu bual digunakan bagi mengumpul data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesepaduan gaya pembelajaran ke atas tingkah laku pembelajaran positif pelajar ADHD iaitu kemahiran memberi tumpuan, memberi kerjasama dan berupaya melengkapkan tugasan. Dapatan kajian juga menunjukkan elemen yang paling mendominasi tingkah laku pembelajaran pelajar ADHD adalah elemen motivasi. Di samping itu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat kesan yang signifikan faktor jantina, etnik dan SES ke atas gaya pembelajaran pelajar ADHD. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan prestasi kognitif ke atas gaya pembelajaran pelajar ADHD. Seterusnya, dapatan kajian membuktikan bahawa faktor prestasi kognitif adalah merupakan faktor utama kepada penentuan gaya pembelajaran pelajar ADHD, manakala ciri-ciri ADHD berupaya memodifikasi kekuatan hubungan antara faktor umur dan faktor prestasi kognitif ke atas gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar ADHD.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2163
dc.subjectPelajar Kurang Upayaen_US
dc.subjectADHDen_US
dc.titleGaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Kurang Upaya Tumpuan Dan Hiperaktif (ADHD)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: