Pembangunan Model Ruangan Imbangan Sedimen Terampai Di Empangan Timah Tasoh, Perlis
dc.contributor.author | Omar, Mohamad Adam | |
dc.date.accessioned | 2018-01-22T07:00:30Z | |
dc.date.available | 2018-01-22T07:00:30Z | |
dc.date.issued | 2017-08 | |
dc.description.abstract | Pembangunan model ruangan imbangan sedimen terampai di dalam lembangan Empangan Timah Tasoh adalah satu proses yang kompleks melibatkan sumber utama hakisan (hakisan di cerun, galur dan hakisan tebing) dan pemendapan (dataran banjir dan empangan). Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sumbangan kepada proses hakisan dan pemendapan bagi pembentukan model ruangan imbangan sedimen di Empangan Timah Tasoh, Perlis. Pencerapan kepekatan sedimen terampai, luahan, beban sedimen terampai dan kadar hakisan tebing melibatkan persampelan bermula pada bulan Jun 2012 sehingga Mei 2013. Purata beban sedimen terampai bagi Sungai Kwang Wang Rhua ialah 4.94 ± 5.90 tan sebulan, Sungai Jarum Ladang Tebu ialah 1.78 ± 1.36 tan sebulan, Jarum Titi Tinggi ialah 4.44 ± 9.15 tan sebulan, Sungai Chuchuh ialah 1.07 ± 2.20 tan sebulan, Sungai Tasoh ialah 55.50 ± 56.74 tan sebulan, Sungai Pelarit Hulu ialah 5.72 ± 4.42 tan sebulan, Sungai Pelarit Hilir ialah 13.08 ± 14.22 tan sebulan dan Sungai Korok sebagai outlet daripada Empangan Timah Tasoh dengan nilai 11.47 ± 12.58 tan sebulan. Walau bagaimanapun, beban sedimen terampai di stesen inlet (Sungai Tasoh dan Pelarit) dengan nilai 822.93 tan setahun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan beban sedimen terampai yang direkod di stesen outlet (Sungai Korok) dengan nilai 137.70 tan setahun. Ini menunjukkan bahawa pemendapan (Rx) di dalam empangan sebanyak 685.23 tan setahun dengan kecekapan perangkap (trap efficiency) oleh empangan Timah Tasoh sebanyak 83.27 %. Sumbangan purata hakisan di cerun (Hx) adalah 70.35 % dengan nilai purata 171.75 ± 237.06 tan setahun dan sumbangan hakisan tebing sungai (Bx) adalah 8.38 % dengan nilai purata 9.26 ± 9.92 tan setahun. Manakala sumbangan purata anak sungai dan hakisan dasar (Tx) adalah 21.26 % dengan nilai purata 51.63 ± 73.39 tan setahun. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/5436 | |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pembangunan model ruangan imbangan sedimen terampai | en_US |
dc.subject | dalam lembangan Empangan Timah Tasoh | en_US |
dc.title | Pembangunan Model Ruangan Imbangan Sedimen Terampai Di Empangan Timah Tasoh, Perlis | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: