Hubungan Sosial Pekerja Indonesia Dengan Masyarakat Tempatan: Satu Kajian Kes Terhadap Penyesuaian Sosial Pekerja Kilang Indonesia Dl Kawasan Pulau, Pulau Pinang Dan Sungai Petani, Kedah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2000-06
Authors
Abdullah Manaf, Asmawita
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Penyelidikan mengenai 'Hubungan Sosial Pekerja Indonesia Dengan Masyarakat Tempatan: Satu Kajian Kes Terhadap Penyesuaian Sosial Pekerja Kilang Indonesia Di Kawasan Pulau, Pulau Pinang Dan Sg.Petani, Kedah" adalah satu kajian sosiologi yang dijalankan untuk mengetahui sejauhmana penyesuaian sosial pekerja kilang Indonesia terhadap nilai-nilai sosial masyarakat Melayu tempatan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Penyelidikan dibuat berdasarkan kepada wujudnya masalahmasalah sosial yang dihubungkaitkan dengan pekerja-pekerja kilang Indonesia, khususnya yang berada di Pulau Pinang dan Sg.Petani, Kedah. Kajian lapangan telah dijalankan dari bulan November 1997 hingga April 1998. Penyelidik membatasi kajian mengenai penyesuaian sosial pekerja kilang Indonesia dengan masyarakat tempatan kepada tiga aspek; iaitu aspek bahasa, cara berpakaian dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Seramai 414 pekerja kilang Indonesia yang berada di kawasan pulau, Pulau Pinang dan Sg.Petani, Kedah, telah dipilih sebagai responden untuk sumber data primer dalam penyelidikan ini. Ciri-ciri responden adalah wanita, berasal dari Sumatera, agama Islam, telah bekerja di Malaysia selama tidak kurang dari setahun enam bulan dan telah menamatkan pendidikan formal tingkat sekolah menengah. Kawasan penyelidikan adalah tempat tinggal responden yang terbahagi kepada tigajenis kawasan, iaitu kawasan komuniti Melayu, kawasan komuniti Cina dan kawasan komuniti campuran. Berdasarkan kajian sekunder, penyelidik menetapkan faktor-faktor yang dijangkakan mempengaruhi penyesuaian sosial responden dengan masyarakat tempatan sebagai hipotisis untuk kajian ini. Faktor-faktor tersebut iaitu faktor kadar interaksi sosial, suku asal responden, kawasan tempat tinggal di Malaysia, kawasan tempat tinggal di negara asal, perbezaan penyesuaian psikologi dengan penyesuman tingkahlaku dan faktor budaya dan kebiasaan responden di negara asal. Bagi menyokong kajian yang dijalankan ini, penyelidik menggunakan bahan-bahan bercetak, mencakupi sejarah migrasi orang-orang Indonesia di Malaysia, keadaan pembangunan di Indonesia dan di Malaysia, laporan banci penduduk, beberapa teori sosiologi dan hasil penyelidikan terdahulu. Kajian ini mendapati bahawa penyesuaian sosial responden terhadap nilai-nilai sosial masyarakat Melayu tempatan, khususnya tentang bahasa, cara berpakaian, dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan, adalah "sederhana". Kajian ini juga membuktikan bahawa penyesuaian sosial responden dengan masyarakat tempatan dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mencakupi faktor kemajmukan masyarakat Malaysia dengan kepelbagaian budaya, kawasan kajian yang didominasi oleh komuniti Cina, ciri kehidupan bandar dan faktor ekonomi yang mempengaruhi kadar interaksi sosial responden dengan masyarakat tempatan.
Description
Keywords
Hubungan Sosial Pekerja Indonesia , Dengan Masyarakat Tempatan
Citation