Kelestarian Pembangunan Harta Wakaf: Analisis Terhadap Perumahan Wakaf Di Pulau Pinang
Loading...
Date
2018-07
Authors
Mat Hassan, Surita Hartini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kelestarian merupakan elemen yang cukup penting dalam pembangunan termasuklah pembangunan terhadap harta wakaf. Walau bagaimanapun, kelestarian dalam harta wakaf melibatkan usaha-usaha untuk mengekalkan serta memperbanyakkan harta wakaf dan menghasilkan manfaat wakaf yang berterusan. Namun, sehingga kini masih terdapat banyak harta wakaf di Malaysia terutamanya tanah tidak dibangunkan secara produktif. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya ketidaklestarian dalam pembangunan harta wakaf. Perumahan wakaf merupakan antara pembangunan ke atas tanah yang semakin mendapat perhatian mutawalli untuk memproduktifkan tanah wakaf terutamanya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang aktif membangunkan perumahan wakaf di atas tanah wakaf di Pulau Pinang. Namun begitu, sejauh manakah perumahan wakaf dapat melestarikan harta wakaf? Setakat manakah konsep kelestarian harta wakaf difahami? Berlatar belakangkan fenomena inilah kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep kelestarian pembangunan harta wakaf (KPHW). Kedua, menganalisis kelestarian pembangunan perumahan wakaf di Pulau Pinang berdasarkan konsep KPHW. Ketiga, merumuskan kelestarian pembangunan perumahan wakaf di Pulau Pinang berdasarkan konsep KPHW. Kajian ini dilakukan dengan mengaplikasikan reka bentuk penyelidikan kualitatif asas secara penerokaan dan deskriptif. Kajian ini melibatkan dua fasa pengumpulan data iaitu pengumpulan data sekunder melalui penelitian terhadap sumber dokumen dan pengumpulan data primer yang diperoleh melalui sesi temu bual mendalam terhadap 12 orang informan. Data-data yang diperoleh dikumpul dan dimasukkan ke dalam perisian ATLAS.ti Versi
8.0 (AV8) bagi tujuan penyusunan data mengikut kod dan kategori yang telah ditetapkan.
Description
Keywords
Kelestarian pembangunan harta wakaf , perumahan wakaf di Pulau Pinang