Kajian Pemeliharaan Bandar Warisan Taiping : Pendekatan Pemantapan

dc.contributor.authorALANG ISMAILO, HANITA
dc.date.accessioned2016-08-02T07:55:08Z
dc.date.available2016-08-02T07:55:08Z
dc.date.issued2001
dc.description.abstractPemeliharaan warisan memainkan peranan penting dalam perancangan dan pembangunan bandar. Fenomena ini diperkukuhkan lagi apabila kepentingan perneliharaan diketengahkan. Pemeliharaan warisan bandar juga boleh menjamin arah tuju kesinambungan nilai budaya, tradisi dan sejarah pada masa hadapan. Tekanan pembangunan memberikan implikasi terhadap kemusnahan dan pencerobohan kawasan warisan untuk tujuan pembangunan komersil yang lebih menguntungkan terutamanya di kawasan pusat bandar. Dalam mengatasi pemasalahan tersebut pelbagai kajian pemeliharaan dikemukakan namun keberkesanannya masih dipertikaikan. Situasi ini berlaku akibat kurangnya penglibatan bad an-bad an berkaitan dan tindakan pelaksanaan serta penguatkuasaan yang kurang efektif. Kajian Pemeliharaan Bandar Warisan Taiping : Pendekatan Pemantapan diimplimentasikan bertujuan menilai dan mengenalpasti tahap pelaksanaan pembangunan pemeliharaan bandar Taiping. Pendekatan kajian memberikan penekanan terhadap empat unsur pemeliharaan yang utama iaitu penglibatan institusi/organisasi, pembentukan perundangan/polisi sedia ada, perancangan insentif bangunan dan kewangan serta kaedah pelaksanaan yang dilaksanakan bagi memantapkan ushaa-usaha pemeliharaan. Penilaian perbandingan berasaskan kriteriakriteria yang digariskan oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific And Cultural Organisation) dan diperkukuhkan lagi melalui perbandingan bandar Melaka dan George Town. Kajian ini rnernbuktikan terdapatnya 'loop hole' di dalam peiaksanaan pemeliharaan di Bandar Taiping yang dijalankan oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Walaupun terdapat kajian, dasar-dasar dan polisi-polisi yang kukuh serta garispanduan terperinci, namun keberi<esanan pelaksanaannya masih memperlihatkan kelemahan yang ketara. Pendekatan pemantauan pemeliharaan perlu mengaplikasikan keempat-empat unsur tersebut bagi memantapkan lagi pelaksanaan dan penguatkuasaan dalam institusi/organisasi sedia ada termasuk sistem pengurusan dan pentadbiran Majlis Perbandaran Taiping dengan mengintegrasikan pihak-pihak yang terlibat.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2328
dc.subjectKajian Pemeliharaan Bandar Warisan Taipingen_US
dc.subjectPendekatan Pemantapanen_US
dc.titleKajian Pemeliharaan Bandar Warisan Taiping : Pendekatan Pemantapanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: