Pelaksanaan Rancangan Pembangunan Dl Universiti Awam Dl Malaysia
Loading...
Date
2007-02
Authors
Ismail, Aziah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Universiti awam di Malaysia berhadapan dengan isu pembangunan negara
dan masyarakat, isu perkembangan ilmu dan teknologi, dan isu keperluan
masyarakat. Jsu-isu ini telah bertindak mempengaruhi dan mencabar pembangunan
organisasi yang asalnya dibangunkan dan dibiayai oleh kerajaan untuk menyokong
pembangunan negara. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan rancangan
pembangunan universiti awam di Malaysia serta meneliti pendekatan yang digunakan
oleh organisasi tersebut dalam melaksanakan rancangan pembangunan masingmasing
untuk menyeimbangkan keperluan pembangunan negara di samping
memenuhi tuntutan keperluan yang lain di persekitaran. Aspek-aspek yang
terkandung dalam rancangan pembangunan serta faktor-faktor yang dipertimbangkan
dalam pelaksanaan tersebut turut dikenal pasti. Dua kaedah pengumpulan data telah
digunakan iaitu kaedah tinjauan (survey) dan kaedah kajian kes. Kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik yang mengandungi 156 soalan sebagai alat ukur kajian
dan telah dijawab oleh 296 orang responden. Manakala, kajian kes yang
menggunakan teknik temu bual dan analisis dokumen telah dijalankan di sebuah
universiti awam-antarabangsa di Malaysia bagi mendapatkan maklumat terperinci
tentang proses perancangan pembangunan di sebuah universiti. Dapatan kajian
menunjukkan semua universiti awam di Malaysia merangka dan melaksanakan
sendiri rancangan pembangunan organisasi masing-masing. Tumpuan
pembangunan adalah kepada sembilan komponen teras iaitu komponen program
akademik, penyelidikan dan konsultansi, program pengajian pasca siswazah,
pengajaran dan pembelajaran,. pengurusan, sumber manusia, kewangan,
infrastruktur dan pelajar. Kajian mendapati semua universiti awam menganalisis
persekitaran bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan
pembangunan masing-masing. Sebanyak tujuh faktor persekitaran diambil kira oleh
universiti awam meliputi faktor kerajaan, kepakaran dalam dan luar universiti,
permintaan pasaran, infrastruktur, perkembangan sains dan teknologi,
perkembangan pendidikan tinggi global dan kewangan. Walau bagaimanapun, faktor
kerajaan didapati kurang diambil kira oleh universiti awam kerana dibayangi oleh
faktor lain seperti infrastruktur dan kewangan. lntegrasi faktor yang berbeza telah
mewujudkan perbezaan dalam pelaksanaan rancangan pembangunan antara
universiti awam, peringkat pentadbiran dan fakulti yang berbeza.Berdasarkan
dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa analisis persekitaran merupakan
pendekatan yang digunakan oleh semua universiti awam di Malaysia. Faktor-faktor
yang dikenalpasti dalam analisis tersebut memberikan input kepada universiti awam
tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (Swon masing-masing. lni
menunjukkan amalan perancangan strategik telah diadaptasi dalam pelaksanaan
rancangan pembangunan universiti awam di Malaysia. Analisis kajian kes pula
mendapati proses perancangan adalah secara 'atas-bawah', iaitu perancangan
pembangunan universiti digubal dan digerakkan oleh Lembaga Pengurusan
Universiti, kemudiannya disalurkan serta dikuatkuasakan di fakulti dan jabatan.
Namun, dari segi akademik, terdapaf autonomi dalam perancangan program dan
kurikulum pengajian, dan prosesnya adalah 'bawah-atas'. Secara keseluruhannya,
kajian ini menjelaskan tentang autonomi universiti awam di Malaysia yang semakin
meningkat dalam membangunkan organisasi masing-masing. lni memberikan ruang
yang lebih kepada universiti awam untuk bertindak balas dengan peluang dan
ancaman yang wujud di persekitaran organisasi masing-masing.
Description
Keywords
Pelaksanaan rancangan pembangunan , universiti awam di Malaysia.