Kajian Persepsi Kualiti Hidup Dan Fertiliti Dalam Kalangan Kakitangan Awam Daerah Kota Bharu, Kelantan

dc.contributor.authorMat Ripin, Noor Hayati
dc.date.accessioned2022-05-26T08:37:12Z
dc.date.available2022-05-26T08:37:12Z
dc.date.issued2020-07
dc.description.abstractPenyelidikan ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap kualiti hidup dan fertiliti terutamanya para kakitangan awam dalam kawasan kajian iaitu daerah Kota Bharu. Responden kajian terdiri daripada 200 orang kakitangan awam yang berkhidmat di daerah Kota Bharu. Kualiti hidup masyarakat di Malaysia diukur berdasarkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM). Justeru, kajian ini menggunakan beberapa komponen yang terdapat dalam indeks tersebut dan diaplikasikan dalam borang soal selidik untuk mengenalpasti persepsi kakitangan awam daerah Kota Bharu, Kelantan terhadap kualiti hidup. Fertiliti pula merupakan satu proses semulajadi yang bertanggungjawab terhadap penggantian biologi dan pemeliharaan masyarakat supaya terus wujud. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti dan mengkaji penentu kualiti hidup dan fertiliti serta hubungan antara penentu tersebut dalam kalangan kakitangan awam daerah Kota Bharu, Kelantan. Ujian skor min, ujian jadual Silang dan ujian korelasi dijalankan terhadap data yang diperoleh melalui borang soal selidik dan juga data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Hasil analisis menunjukkan tahap kualiti hidup dan fertiliti kakitangan awam dalam daerah Kota Bharu berada pada tahap tinggi dan penentu kualiti hidup dan fertiliti yang paling dominan telah dikenalpasti. Penemuan utama ialah masa berkualiti dan persekitaran kerja berkualiti menjadi penentu kualiti hidup dan mempengaruhi hubungan intim pasangan seterusnya menentukan tahap fertiliti masyarakat. Kajian ini diharapkan menjadi petunjuk dan panduan kepada pihak yang berwajib atau pihak yang berkenaan. Kajian ini juga diharap dapat diteruskan dengan kajian yang lebih mendalam demi meningkatkan kualiti hidup dan menyambung kelestarian fertiliti.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15315
dc.publisherUniversiti Sains malaysiaen_US
dc.subjectKualiti Hidupen_US
dc.subjectKakitangan Awamen_US
dc.titleKajian Persepsi Kualiti Hidup Dan Fertiliti Dalam Kalangan Kakitangan Awam Daerah Kota Bharu, Kelantanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: