Personaliti Pengguna Muslim Dan Pengaruhnya Terhadap Pemilihan Institusi Perbankan Islam Di Kabupaten Kampar, Provinsi Riau, Indonesia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-02
Authors
Dwi Sari, Mutiara
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Salah satu aspek penting yang mempengaruhi gelagat pengguna ialah personaliti. Untuk menganalisis pengaruh personaliti terhadap gelagat pengguna melibatkan sebuah alat pengukuran personaliti. Alat pengukuran personaliti yang sedia ada tertumpu pada pendekatan Barat yang berasaskan pada norma, budaya, agama dan keyakinan masyarakat Barat. Hal inilah yang menjadi masalah ketika alat pengukuran ini digunakan ke atas kajian masyarakat Muslim. Kajian ini mempunyai tiga tujuan. Pertama, membina sebuah alat pengukuran personaliti pengguna berdasarkan konsep Islam. Kedua, menganalisis tahap personaliti pengguna Muslim dan ketiga menilai pengaruh personaliti pengguna Muslim terhadap gelagat pemilihan Institusi Perbankan Islam (IPI). Pengaplikasian terhadap aspek gelagat pemilihan IPI disebabkan masih rendahnya syer pasaran IPI di Indonesia umumnya dan Kabupaten Kampar, Riau khasnya. Rendahnya syer pasaran ini tidak seiring dengan besarnya peratus penduduk Muslim di Indonesia. Kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama yang berbentuk kualitatif bagi mencapai objektif petama, data diperolehi melalui kajian perpustakaan dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Akhir fasa ini turut melibatkan temu bual separa berstruktrur dengan sekumpulan pakar bagi memastikan ketepatan kerangka konseptual personaliti pengguna Islam. Fasa kedua berbentuk kuantitatif bagi mencapai objektif kedua dan ketiga. Data diperolehi menerusi kajian tinjauan dan dianalisis dengan analisis deskriptif dan analisis inferensi yang berupa ujian-t, ANOVA, ujian korelasi pearson dan regresi linear pelbagai. Hasil kajian objektif pertama mendapati bahawa personaliti pengguna Islam adalah berdasarkan al-Qur’an dan Hadis dan nilai-nilai tauhid merupakan tunjang personaliti Islam. Terdapat enam dimensi personaliti pengguna Islam iaitu iman, ibadah, amanah, ilmu, ukhuwah dan qanaah dengan 34 item yang terangkum ke dalam instrumen personaliti pengguna Islam (IPPI). Keputusan ujian deskriptif untuk mencapai objektif kedua, menunjukkan bahawa realiti tahap personaliti pengguna Muslim adalah tinggi (M=4.10). Ujian korelasi pearson dan regresi linear pelbagai digunakan untuk menjawap objektif ketiga, menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara kedua-dua pemboleh ubah bebas (personaliti dan pemilihan IPI) (r=0.547, p<0.001). Ujian regresi linear pelbagai membuktikan personaliti pengguna Muslim berpengaruh secara siginifikan terhadap pemilihan IPI (β=0.493, n=437, p> 0.000). Dimensi ukhuwah (β= 0.439) dalam personaliti pengguna Muslim merupakan dimensi yang paling dominan mempengaruhi pemilihan IPI. Pengaruh yang signifikan personaliti pengguna Muslim terhadap gelagat pemilihan IPI menunjukkan bahawa pemilihan IPI merupakan pembuktian diri sebagai seorang Muslim. Pemilihan IPI menggambarkan personaliti pengguna Muslim dan menunjukkan identiti Muslim mereka dalam gelagat kepenggunaan perbankan. Kajian ini telah berjaya menghasilkan satu set IPPI yang boleh digunakan sebagai alat pengukuran personaliti Muslim dalam aspek yang berkaitan dengan gelagat kepenggunaan perbankan dan aspek kepenggunaan lainnya.
Description
Keywords
Perbankan Islam
Citation