Preparation And Characterization Of Grafted Lignin Polyepoxide As A Fluid Loss Additive For Water-Based Mud
Loading...
Date
2015-03
Authors
Taleb, Fayyadh Faisal Salleh
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Soda lignin (SL) telah diekstrak daripada serat tandan kosong buah kelapa sawit (OPEFB) sebagai sumber biopolimer semula jadi menerusi proses pulpa soda. Cantuman lignin poliepoksida larut air telah disediakan daripada soda ligin menggunakan kaedah penggantungan pempolimeran dengan agen penggantung, yang digunakan untuk dicantum pada soda lignin (SL); monomer poli (asid akrilik) poli (etilena oksida)- tercantum-garam natrium separa (PAA-g-PEO), dan garam natrium asid 2-akrilamido 2-metilpropansulfonik (AMPS). Produk baharu yang terhasil (GLPEX) telah dicirikan menerusi Analisa Termogravimetri (TGA), spektrometri Transformasi Fourier Infra Merah (FTIR), Pengimbas kalorimetri pembezaan (DSC), dan kromatografi gel perembesan (GPC). Spektrum FTIR bagi GLPEX menunjukkan jalur penyerapan pada 910 cm-1, yang mengesahkan kehadiran kumpulan epoksi dalam produk yang baharu itu. Ini membuktikan bahawa cantuman PAA-g-PEO ke atas SL telah berhasil. Isipadu kehilangan turasan bagi GLPEX dinilai menggunakan kaedah piawai yang disyorkan oleh Institut Petroleum Amerika (API). Keputusan akhir menunjukkan bahawa GLPEX mempunyai prestasi kehilangan bendalir yang lebih baik berbanding bahan tambahan komersial yang lain, pada suhu bilik dan juga pada suhu penuaan 185 °C bagi lumpur dasar air dan juga lumpur dasar air garam (garam pencemar NaCl). Tambahan pula, GLPEX juga menunjukkan prestasi yang baik dalam mengawal kehilangan bendalir pada suhu penuaan yang tinggi iaitu 250 °C, dan dengan kehadiran bahan tambah penipis bagi menilai kesan dos penipis terhadap prestasi GLPEX. Dos terbaik bagi GLPEX untuk merawat lumpur dasar air dan juga lumpur
xviii
dasar garam pada 185 °C masing-masing ialah 2% w/w dan 3% w/w, dan juga 2.5% w/w bagi merawat lumpur dasar air pada 250 °C.
Description
Keywords
Grafted Lignin Polyepoxide , Fluid Loss Additive