Keberkesanan Modul Bacaan Bergred Bagi Membantu Murid Linus Tegar Dalam Kemahiran Membaca KVKV

Loading...
Thumbnail Image
Date
2014-09
Authors
Mohamad, Tuzana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan pembelajaran dan pengajaran menggunakan Modul Bacaan Bergred terhadap murid Linus tegar. Kajian ini melibatkan serami enam orang murid Linus tegar dari sebuah sekolah rendah di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Dalam Kajian ini, Modul Bacaan Bergred memberi tumpuan terhadap aspek-aspek kemahiran membaca Bahasa Melayu yang melibatkan perkataan suku kata terbuka konsonan – vokal – konsonan – vokal (KVKV). Data dikumpul dan diukur melalui ujian pra, ujian pos, dan ujian-ujian sesi pembelajaran (rawatan). Data dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan peratusan. Kajian ini melibat perbezaan pencapaian responden dalam ujian pos berbanding ujian pra. Kaedah pemerhatian terhadap responden murid dan temu bual terhadap responden guru merupakan data kualitatif untuk melihat kesesuaian dan minat murid Linus tegar terhadap penggunaan Modul Bacaan Bergred sebagai bahan pembelajaran alternatif untuk menguasai kemahiran membaca perkataan KVKV.
Description
Keywords
Modul Bacaan Bergred , Kemahiran Membaca
Citation