Pembelajaran Bahasa Malaysia : masalah pemerolehan bentuk, makna dan penggunaan beberapa buah imbuhan katakerja dan katanama Bahasa Malaysia di kalangan pelajar tingkatan satu
Loading...
Date
1984-03
Authors
Ahmad, Ibrahim
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tesis ini dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat tingkat
pemerolehan bentuk-bentuk morfologi, makna dan penggunaan beherapa huah
imbuhan Katakerja dan Katanama Bahasa Malaysia di kalangan pelajar-pelajar
Tingkatan Satu di sekolah-sekolah Daerah Kubang Pasu yang di klasifikasikan
sebagai sekolah-sekolah luar bandar. Tesis ini dihahagikan kepada lima Bab. Bab 1 memheri penghuraian
mengenai bidang dan kaedah-kaedah penyelidikan dan isu-isu yang dibincangkan di dalam tesis ini. Bah 2 membentangkan kerangka teoritis yang mengkaji imhuhan-imhuhan. Pemhentangan ini merangkumi· proses-proses pengimbuhan dan fungsi-fungsi nahu serta makna-makna imhuhan Katakerja dan Katanama. Dapatan-dapatan daripada kajian ini dijadikan asas untuk pemhentukan soalan-soalan yang digunakan di dalam ujian sepanjang tesis ini. Penganalisaan pemerolehan imbuhan Katakerja dan Katanama dilaksanakan yang diberikan di Lampiran I. Ujian-ujian ini dilaksanakan untuk menentukan
keholehan pelajar-pelajar mengenalpastikan berbagai-bagai bentuk.tiap-tiap imbuhan Katakerja dan Katanama. Dapatan-dapatan daripada analisa tersebut dibincangkan di penghujung Bab ini. Bah 4 menganalisa kebolehan pelajar-pelajar menguasai berbagai fungsi nahu dan makna iaitu penggunaan imhuhan-imbuhan Katakerja dan Katanama. Dua jenis ujian dikemukakan kepada pelajar-pelajar (Lihat Lampiran 2 dan 3). Jenis yang pertama bertujuan untuk menguji kebolehan mereka mengenalpastikan berbagai-bagai tugas dan makna imbuhan-imbuhan yang dikaji. Jenis kedua diberikan untuk melihat kebolehan mereka menggunakan imbuhan-imbuhan yang diberikan di dalam ayat-ayat sendiri. Dapatan-dapatan daripada analisa yang dijalankan diberikan di penghujung Bab ini. Bab 5·mencuba untuk mengemukakan cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah-masalah yang telah ditemui daripada penganalisaan Bab 3 dan Bab 4. Cadangan-cadangan ini meliputi kaedah-kaedah pengajaran bentuk-bentuk morfologi, fungsi-fungsi nahu dan makna imbuhan-imbuhan Katakerja dan Katanama yang disebutkan. Bab ini juga mencuba untuk mengemukakan beberapa cadangan tambahan yang melibatkan beberapa pihak tertentu untuk mengurangkan masalahmasalah yang disebutkan. Cadangan-cadangan yang diberikan itu bukanlah sesuatu yang mutlak dan tidak dapat menjamin akan kejayaan pengajaran-pembelajaran imbuhan Bahasa Malaysia disebabkan oleh kepelbagaian faktor yang mempengaruhi pengajaran yang sememangnya disedari oleh para pendidik. Tesis ini juga mengandungi 25 Lampiran yang meliputi Soalan-soalan Ujian, Nama-nama Pelajar yang terlibat di dalam penyelidikan ini, Latar Belakang Persekolahan dan Sosial mereka, Contoh-contoh Kata yang menggunakan imbuhan-imbuhan yang diuji serta Satu Contoh Kaedah Pengajaran yang telah dicuba untuk.mengajar pemerolehan fungsi-fungsi nahu dan makna-makna imbuhan be(r)-. Oleh kerana penyelidikan ini bertujuan untuk melihat tingkat kecapaian di kalangan pelajar-pelajar, masalah utama yang ditemui ialah· masalah penyediaan bahan-bahan ujian. Ujian-ujian awal telah dijalankan berkali-kali untuk mendapatkan satu format yang baku yang boleh digunakan di dalam ujian meliputi semua pelajar yang terlibat di dalam kajian. Satu dapatan yang menarik yang muncul daripada penyelidikan ini, ialah bentuk-bentuk yang terdapat di dalam dialek tempatan mempengaruhi pemerolehan imbuhan oleh pelajar-pelajar. Kepelbagaian bentuk dan makna yang tidak terdapat di dalam dialek tempatan terutama sekali di dalam bentuk lisan, tidak dapat diperolehi tanpa pengajaran yang formal dan terancang. Dengan demikian, dialek tempatan mempengaruhi pemerolehan bahasa individu. Penulis berharap semoga dapatan-dapatan penyelidikan ini akan menimbulkan kesedaran kepada guru-guru Bahasa Malaysia akan peranan penting yang dimainkan oleh dialek tempatan terhadap pemerolehan bahasa. Oleh yang demikian, kaedah-kaedah pengajaran imbuhan harus memperhitungkan pengaruh dialek tempatan.
Description
Keywords
Pelajar Tingkatan satu sekolah luar bandar