Pengubahsuaian Penjana Aruhan Satu Fasa Ujaan Sendiri Menggunakan Motor Sangkar Tupai

Loading...
Thumbnail Image
Date
2010-12
Authors
Safrizal
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam penyelidikan ini diusulkan untuk mengubahsuai motor aruhan satu-fasa komersial 750 W menjadi satu penjana aruhan ujaan sendiri. Motor akan berfungsi sebagai penjana manakala diputar dengan kelajuan melebihi kelajuan segerak dan mempunyai bekalan ujaan. Dalam pengubahsuaian ini, kedua belitan pemegun motor, iaitu belitan sokongan dan belitan utama dipisahkan secara elektrik. Masing-masing belitan berfungsi sebagai belitan ujaan dan belitan pangkalan keluaran. Pemuat ujaan disambungkan secara pirau dengan belitan sokongan, dan pemuat yang lain disambungkan secara siri dengan beban. Nilai pemuat ujaan dapat ditentukan berdasarkan kuasa regangan, ujian motor tanpa beban dan melalui lengkung pemagnetan motor . Kuasa regangan penjana diukur ketika beroperasi sebagai motor. Lengkung pemagnetan didapat dengan melakukan ujian motor tanpa beban dengan voltan bekalan diubah-ubah dan ujian kelajuan segerak. Pemuat siri ditentukan melalui eksperimen dengan pelbagai beban sehingga kestabilan voltan keluaran dicapai. Untuk pengesahan penjana, ujian dengan pelbagai beban telahpun dilakukan. Beban yang diuji adalah beban tulin dan beban umum, baik yang bersifat berintangan mahupun beraruhan. Hasil ujian eksperimen dengan pelbagai jenis beban menunjukkan bahawa penjana mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kuasa keluaran 607W atau 80.93% daripada kuasa kadaran dan voltan keluaran 221V dengan frekuensi 56.3 Hz pada kelajuan 1686 rpm. Pengaturan voltan yang dicapai adalah 4.07%, nilai pengaturan ini masih dibawah had yang dibolehkan. Secara umum penjana hasil pengubahsuaian ini adalah mudah dioperasikan dan dapat menyediakan bekalan elektrik dengan kos RM 0.91 per Watt. Oleh kerana itu penjana ini sangat sesuai untuk diaplikasi pada sistem tenaga diperbaharui terutama tenaga mikrohidro dan tenaga angin bersaiz kecil untuk kawasan yang belum dibekalkan grid nasional.
Description
Keywords
Mengubahsuai motor aruhan satu-fasa komersial 750 W , menjadi satu penjana aruhan ujaan sendiri
Citation