Pengalaman Emosi Semasa Ibadah Haji Dalam Konteks Religiositi Dan Spiritualiti

dc.contributor.authorSehu Mohamad, Zhooriyati
dc.date.accessioned2019-08-27T07:17:33Z
dc.date.available2019-08-27T07:17:33Z
dc.date.issued2017-07
dc.description.abstractWalaupun emosi merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia dan boleh menentukan kualiti kehidupan, emosi dalam konteks religiositi dan spiritualiti seperti haji masih belum banyak dikaji. Kajian berbentuk eksploratif yang menggunakan pendekatan kualitatif ini telah dijalankan untuk memahami pengalaman emosi para jemaah haji semasa menjalankan ibadah haji di Arab Saudi. Lebih spesifik lagi, kajian bertujuan untuk, 1) mengenal pasti bentuk-bentuk emosi yang dialami, 2) meninjau kekerapan emosi yang dialami, 3) menyelidik perkara-perkara yang menimbulkan emosi ini dari faktor waktu, lokasi, aktiviti, individu bersama, peristiwa, kejadian dan lain-lain, 4) meneroka tindak balas dan pengakhiran emosi yang dialami serta 5) mengkaji bentuk-bentuk perubahan emosi yang dialami. Untuk mencapai objektif penyelidikan ini, kajian kualitatif ini telah dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan lima orang peserta yang melengkapkan catatan diari harian selama sepuluh hari terpilih semasa sedang menjalankan ibadah haji di Arab Saudi. Manakala fasa kedua pula melibatkan 53 orang peserta yang melengkapkan borang soal selidik terbuka dalam tempoh enam bulan selepas kembali dari mengerjakan haji. Kaedah thematic analysis dan ordinal telah digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa jemaah haji melaporkan bentuk emosi yang pelbagai. Walaupun emosi negatif turut dialami, namun emosi positif seperti gembira adalah emosi utama yang dialami oleh jemaah sepanjang berada di Arab Saudi. Di samping itu, jemaah haji juga turut mengalami emosi spiritual seperti tenang dan syukur. Meneliti dapatan kajian, menjalankan ibadah haji di Arab Saudi bolehlah disimpulkan sebagai satu bentuk pengalaman emosi yang positif.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/8699
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPengalaman emosi semasa ibadah hajien_US
dc.subjectdalam konteks religiositi dan spiritualitien_US
dc.titlePengalaman Emosi Semasa Ibadah Haji Dalam Konteks Religiositi Dan Spiritualitien_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: