Kedudukan Al-Sunnah Dalam Kitab-Kitab Fiqh Rujukan Masyarakat Islam Selatan Thailand
Loading...
Date
2014-06
Authors
Alfariti, Armad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam sumber perundangan Islam, al-Sunnah atau al-Hadith adalah merupakan sumber rujukan yang kedua tertinggi dan mempunyai pelbagai status sama ada mutawa>tir, masyhu>r, a>h}a>d, s}ah}i>h}, h}asan, d}a‘i>f atau mawdu>‘. Status ini menunjukkan kewibawaan rujukan tersebut dalam pembendaharaan fekah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penulisan kitab-kitab di Selatan Thailand, terdapat banyak buku Fiqh yang memetik hadith sebagai rujukan tanpa menyebut status hadith tersebut. Keadaan seperti ini boleh melemahkan status hukum dan mewujudkan konflik dalam masyarakat yang berpegang dengan dalil yang diragui kesahihannya, terutamanya apabila status hadith yang dirujuk adalah lemah (da’i>f ) atau palsu (mawḍu>‘). Lebih-lebih lagi apabila kitab atau buku ini menjadi rujukan dalam pengajaran di surau, masjid atau sekolah. Oleh itu, penyelidikan ini adalah penting untuk meneliti kedudukan dan status hadith yang terdapat dalam penulisan buku-buku Fiqh di Selatan Thailand. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang dijalankan melalui dua kaedah, iaitu kaedah Kepustakaan dan Lapangan (temubual dan pemerhatian). Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyelidik pembahagian status hadith dalam sumber hukum dan kedudukannya sebagai hujahan fekah dalam perundangan Islam. Kajian ini akan menganalisis kedudukan hadith yang terdapat dalam tiga buah kitab Fiqh, iaitu Kitab “Munyat al-Mus}alli> ” oleh Syeikh Daud al-Fatani, Kitab “Mat}la‘ al-Badrayn wa Majma‘ al-Bah}rayn” oleh Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fatani, dan Kitab “Anak Kunci Syurga” oleh Syeikh ‘Abd al-QAdir al-Mandili. Ketiga-tiga kitab ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi berbahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga kitab tersebut adalah penting dan menjadi rujukan utama bagi masyarakat Islam di Selatan Thailand. Ketiga-tiga kitab tersebut mengandungi penjelasan mengenai undang-undang Islam berdasar hadith, namun, status hadith yang dirujuk tidak dinyatakan dengan baik dan sempurna. Sebanyak 98 buah hadith telah dirujuk dalam ketiga-tiga buah kitab tersebut. Daripada 98 buah hadith ini, didapati bahawa 70 buah hadith (76.5%) boleh diklasifikasikan sebagai hadith s}ah}i>h dan h}asan, manakala 28 buah hadith (23.5%) lagi boleh diklasifikasikan sebagai hadith da‘i>f dan mawḍū‘. Umumnya, kajian mendapati bahawa sebahagian besar hadith yang dipetik dalam ketiga-tiga kitab tersebut adalah terdiri dari pada hadith yang maqbu>l (diterima), dan hanya ada sebahagian kecil sahaja hadith yang mardu>d (ditolak). Oleh itu, ketiga-tiga buah kitab ini boleh digunakan sebagai panduan asas bagi masyarakat Islam untuk beramal dan berhujah mengenai hukum fekah. Hasil kajian menunjukkan bahawa penulis ketiga-tiga kitab tersebut mempunyai tanggung jawab yang tinggi dalam menulis kitab-kitab mereka, iaitu dengan memetik sumber-sumber yang s}ah}i>h ketika membincangkan perundangan Islam.
Description
Keywords
Al-Sunnah atau al-Hadith , merupakan sumber rujukan