Kebolehpercayaan penilaian guru terhadap kerja kursus mata pelajaran kemahiran hidup program peralihan

Loading...
Thumbnail Image
Date
1997-05
Authors
Abd Rahim, Shuhaili
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah dalam Negeri Kedah. Sekolah-sekolah tersebut ialah sekolah yang menawarkan MPKHPP pilihan B. Sampel kajian terdiri daripada 8 buah sekolah, 8 orang pemeriksa, 4 orang pemeriksa-penyetara, seorang pemeriksa khas dan 256 buah projek bekas makanan haiwan yang telah dibuat oleh pelajar tingkatan 3 tahun 1992. Kajian ini menggunakan dua alatukur iaitu lukisan kerja projek bekas makanan haiwan dan skema pemarkahan. Alatukur ini digunakan untuk mendapatkan markah diperolehi. Markah diperolehi seterusnya dianalisis bagi tujuan untuk meninjau kedudukannya dari segi bolehpercayaan ketekalan dalam, kebolehpercayaan intra-pemeriksa dan kebolehpercayaan inter-pemeriksa. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat satu pertalian positif yang kukuh dan boleh dipercayai bagi kebolehpercayaan ketekalan dalam. Nilai alpha yang diperolehi ialah 8464 bagi Markah MPS, 8719 bagi Markah MPD, 8242 bagi Markah MPP dan 7483 bagi Markah MPK. Begitu juga dengan kedudukan bagi kebolehpercayaan intrapemeriksa. Nilai koefisien korelasi yang diperolehi lalah 9234. Lima daripada lapan orang pemeriksa telah menunjukkan nilai alpha melebihi daripada 90. Keputusan bagi kebolehpercayaan inter-pemeriksa pula telah menunjukkan satu kedudukan nilai koefisien korelasi yang menju:rus ke arah nilai yang rendah. Nilai korelasi yang diperolehi antara Markah MPS dengan Markah MPP ialah 5446, antara Markah MPS dengan Markah MPK ialah 3179 dan antara Markah MPP dengan Markah MPK ialah 2787. Secara keseluruhannya nilai ini adalah tldak memuaskan. Seterusnya pengujian hipotesis nol dengan menggunakan kaedah Ujian-t telah menunjukkan keputusan di mana keempat-empat hipotesis nol yang diuji pada aras signifikan p<.05 adalah ditolak. Sehubungan dengan itu maka dapatan kajian ini nampaknya adalah tekal dengan dapatan lain-lain kajian berhubung dengan kebolehpercayaan intra-pemeriksa dan kebolehpercayaan inter-pemeriksa.
Description
Keywords
Guru
Citation