Institusi pendidikan tinggi Islam swasta (IPTIS) dan peranannya dalam penyediaan tenaga kerja bersepadu : suatu kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor

dc.contributor.authorMydin Kutty, Faridah
dc.date.accessioned2017-07-06T07:36:30Z
dc.date.available2017-07-06T07:36:30Z
dc.date.issued2003-05
dc.description.abstractInstitusi Pendidikan Tinggi Islam Swasta (IPTIS) membawa dimensi baru dalam perkembangan pendidikan tinggi negara. Perkembangan IPTIS adalah sejajar dengan saranan kerajaan menjadikan Malaysia pusat perkembangan pendidikan tinggi di rantau Asia. Perkembangan IPTIS dapat dikaitkan dengan beberapa isu, antaranya kesedaran ke atas keperluan sebuah institusi pendidikan yang meletakkan asas Islam dalam pembangu_nan sumber manusia. Keprihatinan berhubung masalah keciciran dan pengangguran di kalangan pelajar aliran agama. Keperluan dalam melahirkan golongan teknokrat dah profesionalisme Islam yang seimbang, serta mengubah paradigma masyarakat berhubung soal kecekapan institusi pendidikan Islam dan graduan yang dihasilkan. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk menterjemaahkan potensi IPTIS dalam merealisasikan konsep pendidikan bersepadu yang menekankan kepada penguasaan ilmu Islam dan profesional dan keberkesanannya dalam memenuhi keperluan guna tenaga. Kajian berbentuk deskriptif ini dilakukan ke atas lima buah IPTIS di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Selangor. Sumber primer bagi kajian ini diperolehi daripada pihak pentadbiran dan pengurusan institusi, pelajar tahun akhir dan bekas pelajar. Fokus kajian menjurus kepada tiga perkara, iaitu :- (i) tinjauan ke atas institusi dari aspek pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan dan • persekitaran pendidikan, (ii) persepsi pelajar ke atas institusi, (iii) sumbangan IPTIS dalam memenuhi keperluan guna tenaga bersepadu negara. Hasil kajian menunjukkan bahawa, walaupun IPTIS berjaya menyediakan kemudahan pendidikan kepada pelajar tetapi kemajuan yang dicapai masih diperingkat rendah berbanding institusi pendidikan konvensional. Oleh itu, IPTIS perlu mempertingkatkan kualiti pendidikan yang ditawarkan dari aspek pengurusan, kurikulum, kemudahan dan tenaga pengajar seria mempelbagaikan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran pelajaren_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4126
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectInstitusi Pendidikan Tinggi Islam Swasta (IPTIS)en_US
dc.titleInstitusi pendidikan tinggi Islam swasta (IPTIS) dan peranannya dalam penyediaan tenaga kerja bersepadu : suatu kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangoren_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: