Perkembangan Sosioekonomi Masyarakat India Sebelum Dan Selepas Dasar Ekonomi Baru (1957-2000)

dc.contributor.authorMUNIADY, M.ELANGKO
dc.date.accessioned2016-04-08T07:27:37Z
dc.date.available2016-04-08T07:27:37Z
dc.date.issued2015-03
dc.description.abstractKajian ini merupakan suatu penelitian tentang kedudukan sosioekonomi masyarakat India di bawah DEB. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kedudukan sosioekonomi masyarakat India dalam jangka masa sebelum dan selepas pelaksanaan DEB. Penyelidikan ini juga dilaksanakan dalam ruang lingkup matlamat serampang dua mata DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan metodologi analisis kuantitatif, kualitatif mengikut penzamanan (periodization) dan kajian kepustakaan berdasarkan sumber pertama dan kedua. Dapatan kajian menunjukkan bahawa DEB kurang berjaya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur masyarakat India kerana dalam proses perlaksanaan DEB, masyarakat India terlalu jarang dibawa bersama-sama dengan etnik-etnik lain untuk menikmati faedah pembangunan ekonomi dalam arus pembangunan nasional. Kedudukan sosioekonomi kaum India bertambah merosot semasa dan selepas DEB berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Kadar kemiskinan tegar kaum minoriti India di bandar dan luar bandar juga kekal statik meskipun tamat tempoh RRJP2. Taburan dan corak guna tenaga kaum India dalam sektor dan jenis-jenis pekerjaan juga tidak menggambarkan komposisi mereka dalam kependudukan Malaysia. Kadar pemilikan ekuiti dan modal saham syarikat berhad milik kaum India bukan sahaja tidak berganjak dalam tempoh DEB tetapi bertambah merosot dalam tahun-tahun selepasnya berbanding dengan etnik-etnik lain. Ini menyebabkan kaum minoriti India ketinggalan jauh dalam banyak aspek kehidupan berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/1874
dc.subjectPerkembangan Sosioekonomi Masyarakat Indiaen_US
dc.subjectSebelum Dan Selepas Dasar Ekonomi Baru (1957-2000)en_US
dc.titlePerkembangan Sosioekonomi Masyarakat India Sebelum Dan Selepas Dasar Ekonomi Baru (1957-2000)en_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: