Penerimaan Komputer Peribadi Di Kalangan Individu di Malaysia: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang

Loading...
Thumbnail Image
Date
1999-09
Authors
Lim, Tricia KIm Ean
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Komputer peribadi telah meresap ke dalam kehidupan masyarakat hari ini dan telah memberi sumbangan yang amat besar dalam segal a aktiviti kerja individu biar dari segi pekerjaan, produktiviti persendirian, hiburan mahupun komunikasi .. Walaupun demikian, penerimaannya masih tidak begitu ketara dan belum mencapai tahap penggunaan yang diharapkan dalam masyarakat Malaysia. lni terj adi kerana wujudnya sikap ketidakinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dan sebab-sebab yang lain. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi . keputusan individu dari pelbagai peringkat umur dan tahap status sosio-ekonomi sama - ada untuk menerima atau menolak penggunaan komputer di Malaysia. Sampel kajian melibatkan 142 individu dari negeri Pulau Pinang yang mendiami tiga kawasan perumahan dari tiga tahap kos perumahan yang berbeza. Model lnovasi-keputusan daripada Teori Resapan. Inovasi digunakan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan komputer peribadi. Analisis kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara kaum lelaki dan kaum perempuan serta perbezaan antara golongan mud a dan golongan tua dalam penerimaan komputer peribadi. Dari segi tahap status sosial, terdapat perbezaan bagi tahap pendidikan tinggi dan tahap pendidikan rendah serta antara tahap pendapatan yang tinggi dan tahap pendapatan rendah dalam penerimaan komputer peribadi. Sikap individu terhadap sifat-sifat komputer selia pengetahuan prinsip dan pengetahuan kaedah turut menjadi faktor-faktor yang signifikan dalam mempengaruhi penerimaan komputer peribadi.
Description
Keywords
Komunikasi , Penerimaan Komputer Peribadi
Citation