Penggunaan Dinar Emas Untuk Wakaf Tunai Dari Perspektif Islam

dc.contributor.authorHamid, Che Khadijah
dc.date.accessioned2019-04-09T08:01:16Z
dc.date.available2019-04-09T08:01:16Z
dc.date.issued2018-07
dc.description.abstractKajian ini umumnya bertujuan meneliti potensi penggunaan dinar emas sebagai medium berwakaf berdasarkan pandangan cendekiawan wakaf di Malaysia. Secara khusus, kajian ini bertujuan meneliti penggunaan dinar emas sebagai mekanisme wakaf tunai kerana dinar emas dilihat sebagai instrumen pertukaran yang baik dan dianggap satu logam yang bernilai dan tidak luput ditelan zaman. Penelitian ini bertujuan mengenal pasti asas dinar emas sebagai medium berwakaf. Beberapa persoalan berkaitan asas dikemukakan, pertama berhubung peranan dinar emas sebagai wang. Kedua, asasnya sebagai medium berwakaf dalam al-Qur‟an dan al- Hadith. Penelitian dalam al-Qur‟an dan al-Hadith menjadi kepentingan kerana al- Qur‟an merupakan sumber utama yang perlu dirujuk dalam Islam. Begitu juga dengan al-Hadith yang menjadi sumber rujukan kedua dalam Islam. Dengan sebab itu, penelitian ke atas kedua-dua sumber tersebut adalah menjadi tunjang utama. Ketiga, asas dinar emas sebagai medium berwakaf dalam sejarah Islam. Keempat, asas dinar emas sebagai medium berwakaf di Malaysia. Seterusnya, analisis dilakukan terhadap potensi penggunaan dinar emas sebagai medium berwakaf menurut pandangan cendekiawan wakaf di Malaysia. Pada akhirnya, bertujuan merumus kesesuaian penggunaan dinar emas sebagai medium berwakaf pada masa ini menurut pandangan cendekiawan wakaf di Malaysia.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/7947
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPenggunaan dinar emas untuk wakafen_US
dc.subjecttunai dari perspektif Islamen_US
dc.titlePenggunaan Dinar Emas Untuk Wakaf Tunai Dari Perspektif Islamen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: