Pemikiran Dan Perjuangan Politik Muhammad Idaham: Kajian Terhadap Kepimpinan Melayu Islam Di Binjai Provinsi Sumatera Utara
Loading...
Date
2016-08
Authors
Razman Arif
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan tesis ini mengkaji konsep kepimpinan Melayu Islam di
Binjai. Fokus utama kajian ialah konsep kepimpinan Melayu Binjai, pemikiran
dan perjuangan politik Muhammad Idaham dan analis kedua-dua aspek tersebut.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan analisis data dengan memilih,
memfokuskan, memudahkan, mengabstraksikan dan mentransformasikan
daripada nota lapangan. Kemudian, menuliskan hasil yang diperolehi dari datadata
yang ada dan selepas itu akan ditarik simpulan. Konsep politik dalam
kepimpinan Melayu Islam Kota Binjai secara umum mengasaskan Islam di
dalamnya kerana memang Islam dan Melayu merupakan sebuah entiti yang
tidak dapat dipisahkan, termasuk dalam hal politik. Dalam konsep politik yang
ada di dalam masyarakat Melayu Binjai juga sepenuhnya menjadikan Islam
sebagai landasan etikanya dalam usaha mewujudkan politik Melayu seperti
pengetahuan yang luas, bijaksana, akhlak mulia dan lain-lain. Kepimpinan
Muhammad Idham sangat dipengaruhi oleh pemikiran politik Melayu yang
selalu mengasaskan Islam. Sebab, ia lahir dan dibesarkan dalam keluarga
Melayu, maka pengaruh identiti Melayu telah menyatu dalam dirinya. Hal ini
dapat dilihat dari kepemimpinan Muhammad Idaham yang selalu berupaya
menjadikan Islam sebagai landasan etika dalam polisi-polisi yang dilakukannya,
di samping undang-undang yang ia fahami secara baik sehingga tidak ada yang
bertentangan dengan undang-undang yang berlaku. Untuk itu, tentu
kepemimpinan Melayu tetap relevan dalam konteks kepemimpinan
kontemporari. Sebab, kepimpinan yang dilakukan Muhammad Idaham mampu
menunjukkan bahawa kepimpinan Melayu mampu memberikan usaha-usaha
pembaikan bagi kehidupan masyarakat Bandar Binjai. Kepimpinan Muhammad
Idaham ini tidak semua mendapatkan sikap pro dari masyarakat Bandar Binjai.
Sebab, ada sebahagian lain yang kontra dengan kepimpinan, terutama polisipolisi
yang dilakukan Muhammad Idaham yang dinilai tidak benar-benar
berpihak pada kepentingan masyarakat. Namun, bagi sebahagian masyarakat
lain yang pro dengan polisi-polisi Muhammad Idaham justeru memang apa yang
dilakukan Idaham sebagai sebuah terobosan yang tepat. Kenyataan ini
menunjukkan bahawa selain perbezaan dalam memahami kepemimpinan
Muhammad Idaham juga adanya kesan kepentingan politik di dalamnya untuk
melemahkan kepemimpinan Muhammad Idaham. Namun, tentu saja sikap
kontra yang diberikan masyarakat kepada Muhammad Idaham menjadi masukan
dalam usaha pembaikan kepimpinannya selanjutnya. Dalam konteks kepimpinan
Melayu ini, penyelidikan ini mendapati perkaitan kepimpinan Melayu dalam
kehidupan politik masyarakat bandar. Sebab, kepemimpinan Melayu yang
berasaskan Islam memberi penegasan etika di dalamnya, sehingga segala bentuk
penyimpangan kepimpinan sangat sedikit yang mungkin berlaku kerana adanya
etika Islam di dalamnya sebagai pengawas. Penegasan kepimpinan Melayu
dalam kehidupan modern masih menjadi sesuatu yang harus dipertimbangkan
sebagai alternatif di tengah krisis kepimpinan.
Description
Keywords
Konsep kepimpinan Melayu Binjai, pemikiran dan , perjuangan politik Muhammad Idaham.