Kesan Sumber Fitoplankton Dan Sistem Ternakan Yang Berbeza Terhadap Tumbesaran Dan Kemandirian Tiram Juvenil (Crassostrea Iredalei) Faustino
Loading...
Date
2016-02
Authors
Mohd Yusof, Muhammad Shukri
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Tiram juvenil dari spesies Crassostrea iredalei diternak dalam dua
eksperimen yang berbeza iaitu Eksperimen I; Kesan sumber fitoplankton berbeza
terhadap tumbesaran dan kemandirian tiram juvenil Crassostrea iredalei.
Eksperimen II; Kesan sistem ternakan berbeza terhadap tumbesaran dan kemandirian
tiram juvenil Crassostrea iredalei. Dalam Eskperimen I tiram juvenil dibekalkan
dengan sumber fitoplankton yang berbeza, iaitu fitoplankton liar dan fitoplankton
kultur. Pada akhir kajian iaitu selepas 45 minggu penternakan menggunakan sistem
pengalir atasan (upwellers) kemandirian tiram yang dibekalkan dengan fitoplankton
kultur (32.33 ± 4.11 %) adalah lebih rendah berbanding fitoplankton liar (55.46 ±
4.25 %). Tumbesaran yang dicatatkan oleh tiram juvenil di dalam kedua-dua
fitoplankton juga positif namun pada akhir kajian pertumbuhan tiram juvenil yang
dibekalkan dengan fitoplankton kultur dilihat lebih tinggi berbanding fitoplankton
liar. Faktor persekitaran di dalam Eksperimen I telah dibahagi kepada tiga kumpulan
parameter iaitu fizikal (suhu maksimum dan minimum, saliniti, kekeruhan dan
jumlah pepejal terampai), kimia (kepekatan oksigen terlarut, pH, nitrat, ammonia dan
fosfat) dan biologi (fitoplankton). Kajian ini menunjukkan bahawa semua parameterparameter
yang direkodkan berada dalam julat yang sesuai untuk penternakan tiram
juvenil berdasarkan ujian korelasi yang dijalankan. Dalam eksperimen II tiram
juvenil diternak dalam dua sistem yang berbeza (Sistem kolam dan Sistem tangka). Kedua-dua sistem mencatatkan peratusan kemandirian yang tinggi (54.50 ± 0.57% -
62.83 ± 2.25%) pada akhir kajian. Namun perbandingan dari segi kos pengoperasian
sistem kolam adalah lebih mesra penternak berbanding sistem tangki.
Description
Keywords
Tiram (spesies Crassostrea iredalei)