Tren perjalanan pelancong domestik di hujung minggu : kajian ke atas pengguna Lebuhraya PLUS
Loading...
Date
2002-03
Authors
Na'asah Nasrudin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Salah satu daripada cadangan yang diketengahkan dalam Dasar Pelancongan
Kebangsaan adalah membangunkan pelancongan domestik. Berikutan
cadangan in~ kerajaan Malaysia sejak akhir-akhir ini cuba untuk melancarkan
beberapa kempen bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara. Bagi
menggalakkan rakyat Malaysia bercuti, kempen 'Cuti-cuti Malaysia' telah
dilancarkan pada 11 September 1999 untuk mewujudkan budaya percutian
terancang di kalangan m.asyarakat tempatan.
Bagi menjayakan kempen 'Cuti-cuti Malaysia', adalah perlu satu kajian untuk
mengkaji ke manakah hala tuju pelancong tempatan dalam menghabiskan masa
cuti mereka. Tambahan pula, Malaysia masih kekurangan kajian dalam melihat
tren perjalanan pelancong domestik dan kajian ini bertujuan mengkaji hala tuju
pelancong domestik khususnya ke arah negeri-negeri di Utara Malaysia. Hasil
daripada kajian ini akan mengenalpasti negeri-negeri di zon Utara yang menjadi
destinasi paling popular bagi,pengguna lebuhraya.
Berdasarkan kajian ini, penemuan yang dihasilkan berupaya membantu
kerajaan dan pihak-pihak tert~ntu untuk membuat perancangan yang lebih baik
untuk meningkatkan sektor pelancongan domestik. Melalui kajian ini juga kita
dapat mengetahui ciri-ciri pengguna yang menggunakan lebuhraya untuk
melancong dan melihat sejauhmanakah keberkesanan peranan PLUS sebagai
I pemangkin kepada sektor pelancongan domestik.
Description
Keywords
Tren perjalanan pelancong domestik , dan hala tuju pelancong domestik