Pelaksanaan Konsep ‘Honeycomb’ Berdasarkan Pemakaian Prinsip Unit Kejiranan Perry, Nong Chik Heights, Johor Bahru
Loading...
Date
2015-08
Authors
MD JAMIN, RAHAYA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan ini mengkaji bagaimana gabungan matlamat pembentukan bandar baru dan matlamat konsep honeycomb dapat diintegrasikan melalui pemakaian Prinsip Unit Kejiranan Perry yang diasaskan daripada "kehidupan komuniti berkeluarga" bagi mencapai keseimbangan hidup manusia. Gabungan matlamat ini menyediakan konsep perumahan baru dengan menerapkan elemen sosial dalam pengaruh fizikal agar unsur kebaikan desa yang pernah wujud pada masa dahulu dapat dikembalikan dalam kebaikan komuniti bandar masakini. Misalnya, pemandangan hijau di hadapan rumah dengan pepohon rendang, anak-anak bebas bermain diluar rumah tanpa ancaman jenayah dan bahaya lalulintas kenderaaan, saling mengenali jiran tetangga, wujudnya keakraban sosial dan semangat bermasyarakat. Seterusnya, pelaksanaan konsep honeycomb berpotensi untuk menyelesaikan masalah mutu perumahan dari aspek fizikal dan sosial. Malah, jumlah unit yang boleh dibina dalam setiap ekar boleh ditingkatkan dan kos prasarana dapat dikurangkan. Selain itu, pelaksanaan konsep honeycomb dapat menggantikan perumahan teres yang di susun dalam bentuk baris yang menyebabkan proses sosial hanya berlaku dalam lajur tersebut sahaja. Oleh itu, objektif pertama kajian ialah mengkaji Prinsip Unit Kejiranan Perry yang diguna pakai dalam pelaksanaan konsep honeycomb manakala objektif kedua pula mengkaji faktor kebaikan yang dibawa daripada pemakaian Prinsip Unit Kejiranan Perry dalam mewujudkan keseimbangan
hidup manusia. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian turut serta, temu bual mendalam dan soal selidik yang melibatkan 275 sampel. Daripada jumlah sampel tersebut, 275 dipilih sebagai responden (soal selidik melalui teknik pensampelan berkelompok) manakala 3 sebagai subjek kajian (temu bual mendalam melalui teknik kajian rantaian). Analisis kajian menggunakan statistik kebolehpercayaan instrumen kajian (soal selidik), frekuensi dan peratus, Korelasi Spearman Rho, Korelasi Pearson dan analisis kandungan (triangulasi). Penemuan kajian membuktikan seramai 162 responden (58.9%) sangat bersetuju dan 113 responden (41.1%) bersetuju bahawa pemakaian Prinsip Unit Kejiranan Perry dalam pelaksanaan konsep honeycomb di Nong Chik Heights, Johor Bahru telah digunapakai secara menyeluruh, dipraktis mengikut keperluan tempatan, dan disesuaikan dengan konsep pembangunan (sempadan, sistem jaringan jalan raya, saiz, kemudahan awam dan institusi, kepadatan, serta perkedaian dan kawasan lapang). Manakala, seramai 150 responden (54.5%) sangat bersetuju berbanding 125 responden (45.5%) bersetuju bahawa pemakaian Prinsip Unit Kejiranan Perry dalam pelaksanaan konsep honeycomb membawa lima kebaikan utama iaitu faktor manusia, faktor ekonomi, faktor keselamatan, faktor sosial dan faktor alam sekitar. Justeru, kebaikan ini membantu menyeimbangkan keperluan hidup manusia dari aspek psikologikal dan psikososial. Selebihnya, gabungan matlamat ini mempunyai potensi dalam mewujud dan menggalakkan kesepaduan perancangan meliputi hubungan manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan persekitaran. Gabungan matlamat ini berupaya menepati aspirasi negara bagi menyediakan perumahan yang berdaya huni, berkualiti, selamat untuk diduduki serta perumahan yang mampu membina kehidupan lestari.
Description
Keywords
Pelaksanaan Konsep ‘Honeycomb’ Berdasarkan Pemakaian Prinsip Unit Kejiranan Perry , Nong Chik Heights, Johor Bahru