Potensi Kerjasama Antara Negeri Dalam Perancangan Pembangunan Wilayah. Kajian Kes Pembangunan Sektor Pelancongan Oi Wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Loading...
Date
2001
Authors
Makmom, A. Rahman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Umumnya, sektor pelancongan merupakan bidang baru di negara kita berbanding
dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Namun kini
dapat dilihat bahawa sektor pelancongan merupakan an tara penyumbang utama kepada
pendapatan negara selain daripada sektor industri. Tidak hairanlah kerajaan bersusah
payah mengambil inisiatif yang proaktif untuk memajukan sektor ini. Negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang adalah beberapa contoh negeri yang berpotensi bagi
pembangunan produk pelancongan di masa kini dan hadapan.
Untuk itu, kajian yang meliputi ketiga-tiga negeri ini adalah berdasarkan kepada
beberapa objektif. Antaranya ialah cuba untuk menganalisis potensi aktiviti pelancongan
serta aktiviti ekonomi yang berkaitan yang akhirnya boleh memberi manfaat kepada
masyarakat khususnya dan negara keseluruhannya. Ia juga bagi mengkaji isu dan
masalah serta kelebihan berbanding dalam sektor pelancongan bagi ketiga-tiga negeri
ini seterusnya menentukan halatuju di masa hadapan pembangunan pelancongan.
Akhirnya kajian ini akan mengemukakan garis panduan dan pelan tindakan dalam
merealisasikan kerjasama dalam perancangan pembangunan pelancongan di antara
ketiga-tiga negeri ini.
Dengan menggunakan kaedah Analisis SWOT bagi sektor pelancongan, infrastruktur
jizikal dan sumber manusia serta dasar-dasar pembangunan pelancongan di setiap
negeri. bentllk, dasar dan garfs pandllan kerjasama dalam sektor pelancongan telah
dapat dikenal pasti. Bentuk, dasar dan garis panduan ini akan dapat dijadikan model
kepada pembentukan kerjasama di dalam sektor-sektor ekonomi yang lain.
Setelah Analisis SWOT dilakukan ke atas sekto~ pelancongan, infrastruktur jizikal serta
sumber manusia, maka kesimpulan yang diperolehi ialah ketiga-tiga negeri ini jelasnya
mempunyai kelebihan berbanding, isu serta masalah yang hampir serupa. Oleh yang
demikian, berdasarkan kepada hasrat untuk megurangkan persaingan an tara negeri
berjiran ini, konsep kerjasama yang cuba diketengahkan dalam kajian ini amatlah
releven untuk dilaksanakan bagi tujuan pembangunan pelancongan di masa hadapan.
Description
Keywords
Sektor Pelancongan , Di Wilayah Pantai Timur