Kemahiran Hidup Remaja Nakal Di Pusat Pemulihan Kanak-Kanak Nakal Marsudi Putera, Indonesia

dc.contributor.authorSETIANINGSIH, KRISNA DEWI
dc.date.accessioned2016-05-11T03:11:40Z
dc.date.available2016-05-11T03:11:40Z
dc.date.issued2015-01
dc.description.abstractKenakalan remaja merupakan salah satu masalah sosial yang perlu diberi perhatian lebih di Indonesia. Penguasaan kemahiran hidup sangat bermanfaat dalam usaha memulihkan kefungsian sosial golongan remaja yang terlibat dengan kenakalan. Kajian ini dilaksanakan di Pusat Pemulihan Kanak-Kanak Nakal Marsudi Putera, Indonesia. Objektif utama kajian adalah untuk: (1) mengenalpasti tahap kenakalan yang dilakukan oleh remaja nakal; (2) menganalisis tahap kemahiran hidup golongan remaja nakal yang merangkumi tahap kemahiran akademik, penghargaan diri, kemahiran komunikasi, kemahiran daya tindak dan kemahiran kawalan diri; (3) mengkaji pengaruh aspek kemahiran hidup keatas kenakalan remaja; dan (4) mencadangkan model intervensi yang mengambilkira aspek kemahiran hidup dalam pembentukan program pemulihan remaja nakal yang lebih berkesan. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 213 orang responden remaja nakal yang sedang menjalani proses pemulihan di Pusat Pemulihan Kanak-Kanak Nakal Marsudi Putera. Teknik persampelan secara rawak telah dijalankan dan pengumpulan data primer adalah menerusi soal selidik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap kenakalan golongan responden ini berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap kemahiran hidup pula berada pada tahap yang rendah. Rendahnya tahap kemahiran hidup golongan responden ini dapat dilihat melalui tahap kemahiran akademik, penghargaan diri, kemahiran komunikasi, kemahiran daya tindak dan kemahiran kawalan diri remaja nakal yang dikaji. Malah analisis kajian telah menunjukkan bahawa tahap kemahiran hidup remaja nakal mempunyai hubungan yang signifikan dengan kenakalan remaja. Tahap kemahiran hidup remaja nakal mempunyai pengaruh sebanyak 68% keatas berlakunya kenakalan remaja. Kesemua faktor kemahiran hidup jelas mempengaruhi kenakalan remaja yang dikaji. Model perkhidmatan sosial melalui peningkatan kemahiran hidup remaja dilihat perlu dijalankan dalam proses pemulihan dan kefungsian sosial remaja nakal. Implikasi kajian turut menyimpulkan bahawa program peningkatan kemahiran hidup remaja boleh dijadikan instrumen bagi intervensi kerja sosial dalam menangani kenakalan dalam kalangan remaja di pusat pemulihan kanak-kanak nakal ini. Turut dicadangkan kajian masa hadapan yang perlu merangkumi: (1) kajian berkaitan pengaruh faktor keluarga dan persekitarannya keatas kenakalan remaja; serta (2) bentuk-bentuk kemahiran yang boleh ditekankan oleh pekerja sosial dalam membantu mempertingkatkan lagi kemahiran hidup remaja nakal.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2029
dc.subjectKemahiran Hidup Remaja Nakalen_US
dc.subjectDi Pusat Pemulihan Kanak-Kanak Nakal Marsudi Putera, Indonesiaen_US
dc.titleKemahiran Hidup Remaja Nakal Di Pusat Pemulihan Kanak-Kanak Nakal Marsudi Putera, Indonesiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: