From Segregation To Sustainable Positive Peace Through Reconciliation And A Sustainable Education System In Bosnia And Herzegovina

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-02
Authors
EMKIC, ELEONORA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sembilan belas tahun selepas perang, Bosnia dan Herzegovina (BiH) masih menghadapi masalah identiti negara yang lemah. Sistem pendidikan juga turut terbahagi. Dengan mengesan punca permasalahan ini, kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian tentang cabaran yang dihadapi oleh BiH dalam usahanya ke arah transformasi perdamaian; tentang hubungan antara sistem pendidikan semasa dan pembangunan perdamaian yang berkelanjutan di BiH; dan juga untuk menjawab bagaimana untuk mencapai perdamaian positif dan berterusan di BiH melalui pendidikan perdamaian. Pengumpulan data yang digunakan merupakan analisis daripada data sekunder dan juga temubual separa berstruktur yang mendalam dengan pihak berkepentingan dalam BiH. Pihak-pihak berkepentingan yang ditemubual dibahagikan kepada kategori-kategori berikut: wakil di peringkat negeri, wakil di peringkat entiti, wakil di peringkat daerah, wakil-wakil daripada pertubuhan antarabangsa dan juga wakil-wakil daripada bahagian akademik. Dengan menggunakan kaedah kualitatif (tiga langkah urutan iaitu terbuka, paksi dan pengekodan selektif dan juga model anggaran berturutan) untuk analisis data, penemuan untuk kajian ini adalah seperti berikut: Konflik yang berpunca dari agama dan etnik yang diwarisi merupakan satu sejarah yang panjang di BiH, dan tidak pernah di tangani dan merupakan satu cabaran yang dihadapi oleh BiH dalam usahanya menuju perdamaian yang positif dan berterusan
Description
Keywords
From Segregation To Sustainable Positive Peace Through Reconciliation And A Sustainable Education System , In Bosnia And Herzegovina
Citation