Komunikasi Politik Susilo Bambang Yudhoyono (Sby): Kajian Kes Kempen Pilihan Raya Presiden Republik Indonesia Tahun 2009
Loading...
Date
2016-03
Authors
Nasution, Belli
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam sebuah negara demokrasi, pilihan raya presiden merupakan aktiviti untuk
membaca kemahuan politik masyarakat. Pilihan raya presiden juga merupakan
prosedur pergantian kepimpinan negara yang paling baik berbanding cara-cara
lainnya. Dalam sistem ini, pengagihan dan pergantian kekuasaan diatur dengan caracara
yang sistematik sehingga mengurangkan wujudnya pertikaian, sama ada
pertikaian secara vertikal mahupun pertikaian horizontal dalam masyarakat. Setelah
reformasi politik di Indonesia tahun 1998, pilihan raya presiden merupakan suatu
proses demokrasi baru yang dilakukan untuk memilih kepala negara dan
pemerintahan di negara ini. Pilihan raya presiden 2004 menjadi tunjang kepada
keberhasilan pilihan raya presiden langsung oleh rakyat Indonesia dan pilihan raya
presiden 2009 merupakan pilihan raya presiden untuk membuktikan personaliti,
kredibiliti, dan kepimpinan presiden Soesilo Bambang Yudhoyono (SBY), apakah
masih dipercaya semula oleh rakyat Indonesia sebagai presiden untuk penggal ke dua
setelah dilantik menjadi presiden republik Indonesia pada tahun 2004. Kajian ini
menjadi sangat penting dilakukan kerana Soesilo Bambang Yudhoyono (SBY)
berjaya memenangkan dua kali pilihan raya presiden republik Indonesia untuk
tempoh 2004-2009 dan tempoh 2009-2014. Kajian ini bertujuan menganalisis amalan
komunikasi politik Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dalam membina imej dirinya
pada kempen pilihan raya Presiden Republik Indonesia tahun 2009. Seterusnya kajian ini juga fokus untuk menganalisis pemasaran politik Susilo Bambang
Yudhoyono (SBY) pada kempen pilihan raya presiden Republik Indonesia tahun
2009, serta melihat peranan dan kesan media massa khasnya televisyen bagi kempen
Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) pada pilihan raya presiden Republik Indonesia
2009. kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan kajian kes, sedangkan teori
yang digunakan adalah teori imej dan teori pemasaran politik. Adapun temuan yang
diperolehi dari tesis ini adalah; pertama, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) sebagai
salah seorang calon presiden yang bertanding semula (incumbent) melakukan
komunikasi politik yang terancang untuk memenangkan semula pilihan raya presiden
2009, iaitu dengan mempertahankan imej personaliti yang santun, tegas, gagah, dan
cergas serta membina gaya komunikasi yang terbuka dan berkesan. Kedua,
melakukan pemasaran politik untuk memperkuat imej personalitinya melalui
perhubungan awam politik, iklan politik, dan komunikator politik. Ketiga, peranan
dan kesan media massa khasnya televisyen dalam kempen pilihan raya presiden
republik Indonesia tahun 2009 ini wujud ketika pemasaran politik yang lebih
menumpukan kepada karakter ’terbaik’ pada personaliti Susilo Bambang Yudhoyono
(SBY) dan kemampuan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) menjaga hubungan
dengan media massa menjadi punca imej yang sempurna bagi pengundi, hal tersebut
berjaya meningkatkan jumlah undi pada masyarakat dan ini memang selari dengan
karakter televisyen yang juga banyak membesar-besarkan realiti. Oleh itu, usaha
yang dilakukan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) melalui pemasaran politik
dengan menggunakan media massa khasnya televisyen berhasil memperolehi 60,80
peratus undi dan akhirnya boleh membawa semula Susilo Bambang Yudhoyono
(SBY) untuk memenangkan pilihan raya presiden republik Indonesia tahun 2009
dengan satu pusingan sahaja.
Description
Keywords
Pilihan raya presiden republik Indonesia