Antara Dendam Dengan Perjuangan Daripada Perspektif Pensejarahan Baharu

dc.contributor.authorAbdullah, Mohd Syukor
dc.date.accessioned2021-02-21T09:17:10Z
dc.date.available2021-02-21T09:17:10Z
dc.date.issued2019-03
dc.description.abstractKajian ini adalah bertitik tolak daripada novel Antara Dendam Dengan Perjuangan karya Ali Jusoh yang merentetkan semula sejarah Pahang melalui kebangkitan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah menentang Inggeris. Walaupun novel tersebut bersifat fiksyen, namun melalui bacaan yang diselarikan dengan fakta sejarah memperlihatkan kesetiaan pengarang terhadap fakta-fakta tersebut. Namun melalui perspektif Pensejarahan Baharu, pengarang tidak hanya menyalin kisah sejarah lampau, sebaliknya pengarang juga dilihat turut membina sejarah fiksyen yang diterjemahkan dalam konteks yang lebih terbuka serta mencabar pensejarahan itu sendiri. Fragmen yang mengisahkan ‘kehilangan dan kematian’ tokoh-tokoh pejuang Pahang meninggalkan satu enigma dalam sejarah tanah air khususnya Pahang. Pelbagai persoalan ditimbulkan tentang sejauh manakah kebenarannya pengisytiharan kematian yang diwawarkan Inggeris. Kelompangan episod tersebut membuka peluang untuk pengarang mencipta serta melengkapkan sejarah marginal yang mungkin sengaja disisihkan demi kepentingan penjajah serta pelbagai pihak. Mendekati karya ini melalui perspektif Pensejarahan Baharu ternyata mampu merungkai persoalan-persoalan tersirat yang membawa kepada kebangkitan tokoh pejuang Melayu Pahang. Kajian ini menyasarkan empat objektif utama. Pertama ialah mengenal pasti unsur sejarah yang terdapat dalam novel Antara Dendam Dengan Perjuangan dan menghubungkannya dengan fakta sejarah.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/11419
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectAntara Dendam Dengan Perjuanganen_US
dc.subjectPensejarahan Baharuen_US
dc.titleAntara Dendam Dengan Perjuangan Daripada Perspektif Pensejarahan Baharuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: