Kriteria Utama Pencegahan Jenayah Menurut Perspektif Golongan Profesional Alam Bina Di Malaysia

dc.contributor.authorZahari, Mohd Zul Fahmi
dc.date.accessioned2021-02-18T08:46:25Z
dc.date.available2021-02-18T08:46:25Z
dc.date.issued2019-08
dc.description.abstractRumah merupakan keperluan asas penduduk, maka perumahan telah menjadi salah satu agenda utama setiap negara di dunia. Masalah jenayah telah lama wujud di kawasan perumahan, terutamanya perumahan yang berhampiran bandar. Jenayah yang berlaku telah menimbulkan rasa tidak selamat kepada penduduknya. Golongan profesional alam bina dilihat sebagai sebahagian daripada pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan rumah yang selamat dan selesa kepada masyarakat. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji langkah pencegahan terhadap jenayah yang berlaku di kawasan perumahan di Malaysia. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini. Pertama, mengenal pasti kriteria utama pencegahan jenayah menurut golongan profesional alam bina. Kedua, menilai kriteria pencegahan jenayah melalui pengawasan semula jadi yang perlu dipraktikkan oleh golongan profesional alam bina. Ketiga, mengkaji hubungan antara kriteria pencegahan jenayah dengan tahap kesedaran jenayah golongan profesional alam bina. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 191 orang responden yang terdiri daripada golongan profesional alam bina dari tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Pulau Pinang, Perlis/Kedah, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Science Social” (SPSS). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, analisis faktor, dan analisis regresi linear.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/11367
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPencegahan Jenayahen_US
dc.subjectAlam Binaen_US
dc.titleKriteria Utama Pencegahan Jenayah Menurut Perspektif Golongan Profesional Alam Bina Di Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: