Kepercayaan, Sikap Dan Amalan Pemberian Makan Ibu Bapa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Obes Sekolah Rendah Terpilih Di Kota Bharu, Kelantan

dc.contributor.authorAbd Karim, Norazawati
dc.date.accessioned2018-10-31T03:05:54Z
dc.date.available2018-10-31T03:05:54Z
dc.date.issued2010-06
dc.description.abstractPeningkatan prevalens obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia berada pada tahap membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada zaman dewasa mereka kelak. Oleh kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan corak pengambilan makanan anak, maka kajian ini dijalankan bagi menilai kepercayaan, sikap dan amalan pemberian makan ibu bapa kanak-kanak obes sekolah rendah. Kajian keratan lintang ini telah dijalakan ke atas 175 orang kanakkanak darjah dua di tiga buah sekolah di Kota Bharu. Ukuran berat, tinggi dan trisep telah diambil. Soal selidik yang mengandungi soalan sosio-demografi kanak-kanak, soalan Child Feeding Duestionnaires (CFQ) dan International Physical Activity Questionnaires (IPAQ) telah diedarkan kepada ibu bapa kanak-kanak yang terlibat. Kajian kualitatif telah dilakukan keatas variabel peramal obes dan Indeks Jisim Tubuh (IJT) kanak-kanak. Lapan orang ibu bapa kanak-kanak obes yang terpilih telah terlibat dalam temubual mendalam. Hasil kajian mendapati prevalens kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan adalah 13.2% iaitu 6.9% adalah berlebihan berat badan dan 6.3% kanak-kanak adalah obes. Semua kanak-kanak yang terlibat dalam kajian adalah berbangsa Melayu. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor perkerjaan bapa di mana 52.2% bapa kanak-kanak obes adalah kerja sendiri dan 47.8% kerja makan gaji.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/6936
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectPemberian Makan Ibu Bapa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Obesen_US
dc.subjectKota Bharu, Kelantanen_US
dc.titleKepercayaan, Sikap Dan Amalan Pemberian Makan Ibu Bapa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Obes Sekolah Rendah Terpilih Di Kota Bharu, Kelantanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: