Kemelesetan ekonomi dunia 1929-1933 : kesan sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

dc.contributor.authorKannan, Nadaraja
dc.date.accessioned2017-07-19T07:29:58Z
dc.date.available2017-07-19T07:29:58Z
dc.date.issued2002-05
dc.description.abstractTesis ini mengkaji kesan sosioekonomi kemelesetan ekonomi dunia 1929-1933 ke atas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB). Kajian ini merupakan satu percubaan untuk menunjukkan bagairnana ekonomi NMB yang berasaskan industri timah dan getah diintegrasikan ke dalam ekonomi antarabangsa oleh penjajah Inggeris turut menjadi mangsa kemelesetan ekonomi dunia yang meninggalkan banyak kesan negatif yang serius ke atas penduduknya. Kajian ini tertumpu kepada beberapa kesan segera kemelesetan seperti kejatuhan rnendadak harga getah dan timah ke atas penduduk luar bandar yang terdiri daripada petani dan pekebun kecil Melayu serta golongan besar imigran India dan Cina yang banyak bergantung kepada kedua-dua industri eksport ini untuk menyara hidup. Tumpuan juga diberi kepada kesan ke atas aktiviti ekonomi bandar, perkhidmatan awam kerajaan dan penduduk bandar serta pelbagai masalah berkaitan sepcrti pengangguran, repatriasi buruh asing, kejatuhan pendapatan, masalah beban hutang dan kesusahan yang lain. Peningkatan beberapa gejala sosial seperti jenayah, pelacuran, bunuh diri, masalah kesihatan dan lain-lain tennasuk masalah hubungan kaum yang semakin tegang pada zaman kemelesetan turut dikaji. Di samping kesan negatif, tesis ini juga membincangkan aspek-aspek positif kemelesetan seperti usaha kerajaan mahupun penduduk untuk meningkatkan pengeluaran padi serta bahan-bahan makanan yang lain supaya kurang bergantung kepada barang-barang import. Akhimya ia juga turut mengkaji tindakan kerajaan untuk menangani kemelesetan dan peranan organisasi sosial untuk membantu mangsa kemelesetan serta bagaimana mereka yang dilanda kemelesetan cuba menghadapinya.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/4211
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectKemelesetan ekonomi duniaen_US
dc.titleKemelesetan ekonomi dunia 1929-1933 : kesan sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu Bersekutuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: