Impak Inovasi Dalam Program Homestay Di Semenanjung Malaysia

dc.contributor.authorSuffarruddin, Suhaida Herni
dc.date.accessioned2021-06-20T14:28:48Z
dc.date.available2021-06-20T14:28:48Z
dc.date.issued2019-08
dc.description.abstractInovasi merupakan satu inisiatif dalam memacu ke arah kejayaan bagi sebuah perniagaan. Namun, kurangnya kesedaran terhadap kepentingan pelaksanaan inovasi telah membawa kepada kegagalan sebilangan program homestay untuk terus berdaya maju. Tambahan pula, persekitaran yang semakin mencabar memaksa perniagaan untuk berinovasi supaya terus berdaya saing seiring dengan kemajuan pembangunan pelancongan di seluruh dunia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk (1) menerokai jenis inovasi yang dilaksanakan, (2) mengenal pasti faktor penentu inovasi, dan (3) menilai impak inovasi terhadap kemajuan program homestay. Lapan program homestay berdaftar di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan. Temu bual secara mendalam bersama-sama penyelaras homestay telah dijalankan dengan memberikan penekanan kepada impak pelaksanaan inovasi, dan hasil temu bual dianalisis mengunakan teknik “Content Analysis”. Inovasi yang dilaksanakan meliputi inovasi produk dan perkhidmatan, proses, pemasaran dan pengurusan, adalah dipengaruhi oleh enam faktor penentu iaitu ciri-ciri keusahawanan, pengetahuan, kepemimpinan transformasional, orientasi pasaran, sokongan kerajaan dan sumber persekitaran. Inovasi juga telah memberi impak positif kepada prestasi kemajuan program homestay dan desa. Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan ilmu pengetahuan homestay melalui pembangunan Model Impak Inovasi dalam Program Homestay. Penemuan ini juga boleh dimanfaatkan oleh pemain industri sebagai penanda aras kepada pemegang taruh dalam merancang strategi pembangunan program homestay.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/13604
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectHomestayen_US
dc.subjectSemenanjungen_US
dc.titleImpak Inovasi Dalam Program Homestay Di Semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: