Eksperimentasi Gabungan Tanah Liat Dengan Sisa Organik Bagi Menghasilkan Jasad Seramik Berdaya Tahan Untuk Pembakaran Raku

dc.contributor.authorNoor Mustaqim Bin Mohamed
dc.date.accessioned2022-07-31T16:32:57Z
dc.date.available2022-07-31T16:32:57Z
dc.date.issued2021-09
dc.description.abstractTesis ini dijalankan untuk mengkaji gabungan tanah liat stoneware dengan dua jenis sisa organik untuk membentuk formula tanah liat bagi menghasilkan seramik teknik raku. Teknik raku merupakan teknik menghasilkan seramik bersuhu rendah yang berasal dari negara Jepun dan telah wujud sejak abad ke-16. Teknik raku adalah satu teknik yang memerlukan seramik yang masih panas dan membara dikeluarkan daripada tanur, kemudian menyelesaikan fasa penyejukan di luar tanur pembakaran dengan cepat. Permasalahan dalam kajian ini pula mendapati, terdapat kelemahan dari sudut jasad tanah liat stoneware setelah seramik dibakar kemudian dikeluarkan dari tanur kerana berlaku kejutan haba dan ketidakstabilan fizikal selepas pembakaran. Dalam pada itu, kajian ini dijalankan untuk mencari penyelesaian dengan menghasilkan formulasi jasad tanah liat raku dengan mengaplikasikan sisa organik sebagai bahan ujikaji bagi mengenalpasti bahan campuran yang sesuai digunakan dalam meningkatkan kekuatan fizikal seramik untuk pembakaran raku. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah campuran (mixmethod) kualitatif dan kuantitatif. Data serta maklumat yang diperoleh melalui metod kualitatif ini termasuklah melaui kajian literatur, bahan bertulis serta pemerhatian sepanjang kajian dijalankan. Sementara data berkaitan kuantitatif pula diperoleh melalui ujikaji-ujikaji yang dijalankan iaitu; ujikaji fizikal plastisiti, kecutan kering, kecutan bakar dan juga porositi yang berlandaskan standard ujikaji yang memenuhi piawai. Selain itu, ujikaji fizikal lain yang yang digunakan ialah ujikaji kekuatan lenturan 3 mata dan ujikaji kekuatan kekanan bagi mengenalpasti tahap kekuatan tanah liat setelah pembakaran biskut. Akhir sekali, ujikaji pembakaran raku dijalankan bagi menguji sampel melalui pembakaran raku untuk melihat sampel yang terbaik dan sesuai dipilih sebagai formula campuran jasad tanah liat bagi teknik raku.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/15684
dc.publisherUniversiti Sains Malaysia.en_US
dc.subjectksperimentasi Gabungan Tanah Liat Dengan Sisa Organiken_US
dc.subjectJasad Seramik Berdaya Tahan Untuk Pembakaran Rakuen_US
dc.titleEksperimentasi Gabungan Tanah Liat Dengan Sisa Organik Bagi Menghasilkan Jasad Seramik Berdaya Tahan Untuk Pembakaran Rakuen_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: