Ilmu Landskap Melayu Berdasarkan Karya Melayu Tradisional
Loading...
Date
2015-10
Authors
BAHARUM, HASRINA
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian tentang ilmu landskap Melayu dengan prinsip-prinsipnya yang tersendiri
kurang dibahaskan secara khusus dalam kajian mutakhir kerana kekangan dalam
mengumpulkan data, khususnya melalui kajian lapangan. Hal ini berpunca daripada
arus pembangunan yang menyebabkan kebanyakan tapak kajian landskap Melayu
tradisional telah bercampur aduk dengan unsur seni bina landskap moden hingga
hilang keasliannya. Oleh itu kajian ini bermatlamat mengetengahkan karya Melayu
tradisional sebagai sumber utama untuk mengkaji landskap Melayu berdasarkan
kosmologi budayanya sendiri. Hal ini boleh ditelusuri daripada dua sudut. Pertama,
melalui kisah/isi kandungan teks yang menceritakan kaedah raja-raja Melayu
memilih dan menentukan kesesuaian tempat untuk mendirikan ibu negeri atau istana
(ilmu mengenal tapak). Kedua, melalui latar tempat teks yang menggambarkan
kehebatan landskap ibu kota/ibu negeri kerajaan Melayu, taman raja-raja Melayu
dan istana raja-raja Melayu (ilmu menggubah landskap). Karya Melayu tradisional
juga merupakan medium terbaik untuk memahami cara masyarakat Melayu
berinteraksi dengan landskapnya (melalui konteks cerita yang dipaparkan) yang perlu
diketahui terlebih dahulu sebelum kajian tentang ilmu landskap Melayu dengan
prinsipnya yang tersendiri dapat dilakukan. Kajian ini bertitik tolak daripada lima
prinsip dalam “Theory of Landscape Aesthetics” oleh Bourassa (1988,1990), iaitu
landskap sebagai tempat tinggal yang selamat, landskap sebagai tempat perlindungan,
landskap sebagai simbol identiti, landskap sebagai medium mengekalkan kestabilan
identiti budaya, dan landskap sebagai peluang mengekspresikan daya kreativiti
individu. Dalam hal ini kajian mengupas sejauhmanakah prinsip-prinsip dalam teori
tersebut menjadi keutamaan arkitek landskap Melayu zaman silam, iaitu raja-raja
Melayu sendiri ketika memilih tapak untuk mendirikan negeri atau istana dan juga
ketika menggubah landskap ibu kota, istana atau taman berdasarkan karya Melayu
tradisional. Analisis terhadap karya Melayu tradisional mendapati landskap
memainkan peranan penting dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu zaman
silam sama ada dalam aspek biologikal, budaya, kreativiti individu, agama, dan
emosi. Kebergantungan terhadap landskap dalam memenuhi seluruh keperluan hidup
tersebut menyebabkan masyarakat Melayu zaman silam menekankan prinsip-prinsip
pembangunan landskap yang seimbang dan menyeluruh, iaitu yang dapat memenuhi
keperluan hidup manusia dalam aspek jasmani dan rohani.
Description
Keywords
Ilmu Landskap Melayu , Berdasarkan Karya Melayu Tradisional