Aplikasi Kaedah Fiqhiyyah Dalam Penghakiman: Kajian Terhadap Jurnal Hukum (2004-2013)
Loading...
Date
2015-09
Authors
Razali, Mastura
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian ini berkenaan aplikasi Kaedah Fiqhiyyah dalam penghakiman yang
diterbitkan dalam Jurnal Hukum (2004-2013). Kajian ini bertujuan menjelaskan
konsep Kaedah Fiqhiyyah dan peranannya sebagai hujahan dalam perundangan
Islam. Kajian ini juga menganalisis jenis Kaedah Fiqhiyyah, ketepatan dan
kekerapan penggunaan kaedah tersebut diaplikasikan dalam penghakiman
berdasarkan Jurnal Hukum. Selain itu, kajian ini turut mengkaji kedudukan dan
kepentingan penulisan penghakiman dalam perundangan Islam. Metodologi
pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah secara kajian kepustakaan
dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan bertujuan mengenal pasti konsep, sumber
dan kehujahan Kaedah Fiqhiyyah serta konsep penulisan penghakiman. Manakala
kajian lapangan pula dilaksanakan dalam metode temu bual ahli akademik dan
pengamal undang-undang bertujuan mengetahui penggunaan Kaedah Fiqhiyyah
dalam penghakiman dan amalan penulisan penghakiman. Hasil kajian ini mendapati
bahawa Kaedah Fiqhiyyah mempunyai peranan yang besar sebagai metode istinbāt
hukum dan hujahan sokongan dalam mengendalikan kes-kes syariah. Di samping itu,
dapatan kajian menunjukkan sebanyak 34 jenis Kaedah Fiqhiyyah telah diaplikasikan
dalam penghakiman. Selain itu, pengaplikasian Kaedah Fiqhiyyah oleh para hakim
dalam kes-kes yang dilaporkan juga telah menepati maksud dan tujuan sesuatu
Kaedah Fiqhiyyah. Kaedah Fiqhiyyah العادة محكمة (‘adat dijadikan sebagai rujukan
hukum) adalah kaedah yang telah dirujuk sebanyak 19 kali berbanding Kaedah
Fiqhiyyah yang lain. Kajian ini mendapati dalam Jurnal Hukum (2004-2013) bahawa
Kaedah Fiqhiyyah الأمور بمقاصدھا (setiap perkara dinilai berdasarkan niat) langsung
tidak diguna pakai dalam penghakiman. Hanya kes-kes harta sepencarian dan
hadanah sahaja yang paling banyak mengaplikasikan Kaedah Fiqhiyyah dalam
penghakiman.
Description
Keywords
Kaedah Fiqhiyyah dalam penghakiman