Pengaruh sikap, motivasi dan efikasi-kendiri terhadap penyertaan aktiviti fizikal masa senggang di kalangan pelajar universiti

Loading...
Thumbnail Image
Date
2004-06
Authors
Lim, Khong Chiu
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara sikap, motivasi, efikasikendiri dan penyertaan aktiviti fizikal masa senggang di kalangan pelajar universiti awam tempatan. Teori Tingkah Laku Terancang (Ajzen, 1985) dan Teori Efikasi-Kendiri (Bandura, 1977, 1986) telah digunakan sebagai teori latar kajian. Sampel kajian terdiri daripada 1352 pelajar ijazah pertama telah dipilih menerusi teknik persampelan rawak kelompok berlapis mengikut aliran pengajian, gender dan kelompok etnik. Kaedah tinjauan sampel di lapangan telah digunakan dalam kajian ini. Soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan dengan data demografi peribadi, Skala Sikap Masa Senggang, Skala Motivasi untuk Aktiviti Fizikal, Skala Efikasi-Kendiri Aktiviti Fizikal, Skala Kekerapan dan Magnitud Penyertaan Aktiviti Fizikal digunakan untuk memungut data. Analisis univariat (ANOVA, ujian-t) dan pelbagai variat (korelasi Pearson, regresi berganda dan analisis laluan) telah digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian pada aras signifikan p> .05. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor mm yang signifikan dalam motivasi, efikasi-kendiri, kekerapan dan magnitud penyertaan aktiviti fizikal masa senggang antara responden lelaki dan wanita, dan juga terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam motivasi, efikasi-kendiri dan kekerapan menyertai aktiviti fizikal antara responden daripada kelompok etnik yang berbeza. Demikian juga halnya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dari rendah ke sederhana antara skor sikap, motivasi, efikasi-kendiri, kekerapan dan magnitud penyertaan aktiviti fizikal masa senggang bagi keseluruhan sampel kajian. Walau bagaimanapun, hasil analisis regresi berganda membuktikan bahawa sikap dan efikasi-kendiri menyumbang secara positif ke atas motivasi menyertai aktiviti fizikal masa senggang di kalangan responden kajian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor motivasi dan efikasi-kendiri adalah perarnal terbaik terhadap kekerapan menyertai aktiviti fizikal masa senggang. Begitu juga halnya keputusan kajian ini membuktikan bahawa ketiga-tiga faktor iaitu motivasi, efikasi-kendiri dan sikap dapat menjelaskan sebanyak 33.3% varian dalarn magnitud penyertaan aktiviti fizikal masa senggang di kalangan pelajar universiti awarn tempatan. Di sarnping itu, keputusan analisis laluan membuktikan bahawa sikap dan efikasi-kendiri menyumbang kesan yang positif sarna ada secara langsung atau tidak langsung melalui motivasi terhadap penyertaan aktiviti fizikal masa senggang di kalangan responden kajian. Dengan itu, dapatan kajian ini menyokong konseptual model kajian yang dicadangkan. Penemuan kajian ini mencadangkan bahawa dalarn usaha untuk menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar-pelajar dalarn aktiviti fizikal masa senggang, pihak pengurusan unive~siti seharusnya membangunkan program-program pembinaan sikap yang positif, dan meningkatkan paras motivasi dan efikasi-kendiri menyertai aktiviti fizikal di kalangan pelajar. Perbezaan dari segi jantina dan kelompok etnik antara pelajar seharusnya juga diarnbil kira apabila merancang program-program yang berkaitan.
Description
Keywords
Teori Tingkah Laku Terancang dan Teori Efikasi-Kendiri , telah digunakan sebagai teori latar kajian
Citation