Kajian selepas didiami ke atas rekabentuk dalaman rumah kos rendah dari aspek sosiobudaya

Loading...
Thumbnail Image
Date
2001-03
Authors
Ramlah Awi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Perumahan kos rendah merupakan suatu fenomena yang kian mendapat perhatian di kebanyakan negara terutamanya negara membangun. Matlamat utama pembanguan perumahan kos rendah di Malaysia adalah bertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk khasnya golongan berpendapatan rendah. Kajian ini memberi justifikasi terhadap kesan rekabentuk dalaman perumahan awam kos rendah keatas sosiobudaya masyarakat Melayu dan mengenalpasti sejauhmanakah konsep perumahan awam kos rendah telah disesuaikan dengan persekitaran budaya masyarakat Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ยท penghuni yang mendiamai rumah kos rendah terutamanya dari aspek rekabentuk dalaman. Pada peringkat awal kajian adalah merupakan pengumpulan teoriteori perumahan secara am dan menjurus kepada konsep kebudayaan dan perumahan masyarakat tradisional Melayu. Pada masa yang sama pengumpulan data melalui soal selidik dan pengamatan aktiviti juga telah dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dipilih sebagai tapak kajian berlandaskan objektif yang telah ditentukan. Hasil dari kajian ini membuktikan bahawa rekabentuk dalaman perumahan mempengaruhi corak hidup dan kelakuan penghunipenghuninya dan secara lansung mempengaruhi kelakuan penghuni di luar rumah. Pada masa yang sama latarbelakang sosiobudaya penghuni mempunyai pengaruh dalam menentukan corak susunan ruang dalaman kediaman mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa ruang dalaman bagi rumah kos rendah adalah terhad untuk menampung penghuni yang berdensiti tinggi. Manakala susunatur ruang pada keseluruhannya belum lagi mencapai tahap yang sesuai untuk budaya Melayu.
Description
Keywords
Interior decoration
Citation