Stereotaip Gender Dan Pekerjaan Wanita Dalam Sektor Perhotelan Di Pulau Langkawi, Kedah
Loading...
Date
2015-02
Authors
HJ. HABIB SULTAN, NOR HAFIZAN
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sektor perhotelan telah menunjukkan potensi dalam mewujudkan pekerjaan dan menggalakkan aktiviti menjana pendapatan untuk memberi manfaat kepada masyarakat tempatan di kawasan destinasi. Meskipun begitu, stereotaip gender yang berlaku dalam sektor perhotelan telah memberikan kesan yang besar kepada golongan wanita berbanding lelaki. Gender stereotaip sememangnya telah berlaku dalam sektor perhotelan. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah untuk melihat mengapa stereotaip gender ini masih dan berterusan berlaku (tidak kira sama ada kadarnya semakin signifikan atau semakin berkurangan) dalam sektor perhotelan. Objektif utama kajian ini adalah untuk (i) menganalisa corak penglibatan wanita dalam sektor perhotelan, (ii) mengkaji bagaimana budaya masyarakat setempat membentuk stereotaip terhadap wanita yang bekerja dalam sektor perhotelan di Langkawi, (iii) untuk mengenalpasti strategi yang digunakan oleh wanita untuk melibatkan diri dalam sektor perhotelan, (iv) menganalisa potensi wanita yang terlibat dalam sektor perhotelan di Langkawi. Kaedah temubual mendalam dan pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data yang melibatkan 26 informan yang terdiri daripada pekerja hotel wanita dan lelaki yang memegang pelbagai jawatan. Hasil kajian mendapati stereotaip gender masih berterusan berlaku dalam sektor perhotelan kerana polisi hotel dan nilai kerja yang diimplementasikan oleh pihak pengurusan hotel yang telah memberikan kesan kepada pekerja wanita terutamanya dari segi etika berpakaian. Wanita tempatan yang terpaksa bekerja untuk kelangsungan hidup terpaksa ‘akur’ dengan peraturan yang ditetapkan dan bagi yang
xvi
tidak dapat menerima keadaan ini sama ada mereka bertukar kerja di sektor lain atau melupakan terus niat untuk bekerja di hotel. Fungsi reproduktif wanita juga boleh menyebabkan status pekerjaan mereka menjadi tidak stabil. Gender pekerja juga akan menentukan kesesuaian pekerjaan yang bersandarkan kepada ‘tenaga lelaki’ dan ‘tenaga wanita’. Hasil kajian juga mendapati pandangan negatif sesetengah masyarakat setempat mengenai pekerjaan di sektor perhotelan terutamanya yang melibatkan aspek ‘layanan’ menyebabkan wanita tempatan terpaksa bekerja dengan pandangan serong ini yang mana ini tidak banyak memberikan kesan kepada pekerja lelaki. Namun begitu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pekerjaan dalam sektor perhotelan dapat membantu menggilap potensi wanita dan mereka menggunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan potensi ini, namun disebabkan oleh stereotaip gender yang berterusan berlaku menyebabkan wanita mengambil masa yang lama untuk melalui proses kenaikan pangkat.
Description
Keywords
Stereotaip Gender Dan Pekerjaan Wanita Dalam Sektor Perhotelan , Di Pulau Langkawi, Kedah