Sikap penunggang motosikal dan implikasinya terhadap kempen keselamatan jalan raya
Loading...
Date
2003-05
Authors
Wong, Su Jane
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kemalangan jalan raya merupakan salah satu fenomena yang membimbangkan
pelbagai pihak, terutamanya pihak kerajaan. Masalah ini perlu diberi perhatian
serius kerana golongan penunggang motosikal telah mencatat bilangan kematian
yang tertinggi berbanding dengan pengguna jalan raya yang lain. Menyedari
hakikat ini, pengenal pastian masalah-masalah yang menyebabkan berlakunya
kemalangan di kalangan penunggang adalah penting agar strategi-strategi kempen
keselamatan jalan raya yang sesuai dapat dihasilkan bagi menangani masalah
tersebut. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa sikap penunggang merupakan
faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Antaranya ialah
menunggang melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, mengekori kenderaan lain
dengan rapat, kecuaian penunggang dan sebagainya. Objektifutama kajian ini ialah
meninjau sikap penunggang dalam menghadapi risiko di jalan raya. Kajian ini
berdasarkan Theory of Planned Behaviour (1985) dan faktor-faktor lain yang
mempengaruhi perubahan sikap dan perilaku iaitu optimisme tidak realistik dan
ilusi kawalan. Dalam usaha mengumpul maklumat ini yang berkaitan dengan kajian,
kaedah temu bual bertumpu a tau focus grozp interview telah digunakan. Respond en
yang terlibat adalah terdiri daripada dua kumpulan pelajar sekolah menengah dan
dua lagi kumpulan pelajar kolej. Pada umumnya, kajian ini cuba membuktikan
bahawa sikap penunggang merupakan faktor utama yang menyumbang kepada
berlakunya kemalangan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat
sekumpulan responden akan mengambil risiko sekiranya tindakan yang diambil
olehnya akan mendatangkan basil yang positif. Sementara itu, satu lagi kumpulan
responden masih akan mengambil risiko di jalan raya walaupun mereka sedar akan
risiko yang akan dihadapi sekiranya melanggar peraturan lalu lintas. Kumpulan
pelajar ini tidak mengubah sikap dan perilaku mereka kerana faktor optimisme
tidak realistik dan ilusi kawalan telah mengongkong diri responden. Hasil kajian ini
juga menunjukkan bahawa sekumpulan responden takut mengambil risiko kerana
mereka percaya bahawa tindakan tersebut akan membawa kesan yang negatif
terhadap dirinya dan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, responden-responden
ini akan lebih berhati-hati semasa berada di jalan raya.
Description
Keywords
Penunggang motosikal