Amalan Terbaik Pengurusan Penyelenggaraan Perumahan Awam Pihak Berkuasa Tempatan
dc.contributor.author | Mat Nah, Mohd Nurfadzli | |
dc.date.accessioned | 2017-01-13T01:06:31Z | |
dc.date.available | 2017-01-13T01:06:31Z | |
dc.date.issued | 2016-04 | |
dc.description.abstract | Kajian ini merupakan satu usaha untuk menambahbaik komponen dan amalan pengurusan pengurusan penyelenggaraan perumahan awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Untuk mencapai sasaran tersebut, tiga (3) objektif telah dibentuk, iaitu 1) untuk mengenalpasti kelebihan dan kelemahan amalan pengurusan penyelenggaraan semasa perumahan awam PBT, 2) untuk menentukan komponen-komponen utama bagi menilai keberkesanan pelaksanaan amalan pengurusan penyelenggaraan perumahan awam PBT dan 3) untuk membangunkan amalan pengurusan penyelenggaraan terbaik perumahan awam PBT. Bagi mencapai objektif-objektif kajian ini, suatu pendekatan kajian berperingkat atau dikenali sebagai pendekatan pelbagai kaedah (multi-method) telah dilaksanakan. Menerusi pendekatan ini, aktiviti pengumpulan data kajian telah dilaksanakan dalam 2 peringkat yang berasingan menerusi perlaksanaan 2 kaedah yang berbeza. Pada peringkat pertama, kaedah pengumpulan data kajian adalah dikenali sebagai kaedah kajian kes dan pada peringkat kedua pula, kaedah yang digunapakai adalah dirujuk sebagai kaedah soal selidik. Menerusi kaedah kajian kes, 3 PBT telah dipilih sebagai kes-kes kajian iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP). Untuk pendekatan kajian kes, data kualitatif dikumpul menerusi teknik temu ramah. Data kualitatif yang diperolehi seterusnya telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Manakala menerusi kaedah soal selidik pula, satu borang soal selidik khusus telah dibangunkan dan seterusnya diedarkan kepada para responden yang terlibat. Penentuan responden kajian adalah dibuat berdasarkan teknik persampelan secara keputusan (judgemental sampling) dan jumlah sampel yang terlibat adalah ditentukan mengikut peraturan ibu jari (rules of thumb). Secara keseluruhannya seramai 44 responden telah terlibat dalam sesi soal selidik yang dilaksanakan ini yang mana ia terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu pihak berkuasa tempatan, setiausaha kerajaan negeri dan kementerian dan pihak pengurusan penyelenggaraan perumahan swasta. Data yang diperolehi kemudiannya telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis frekuensi, analisis min, analisis mod, analisis kolerasi dan ujian Anova sehala. Menerusi pendekatan pelbagai-kaedah yang diketengahkan dalam kajian ini, didapati dalam pencapaian objektif pertama kajian, wujudnya 5 kelebihan dan 6 kelemahan dalam amalan pengurusan penyelenggaraan semasa perumahan awam PBT. Manakala bagi objektif kedua pula, sebanyak 12 komponen penilaian keberkesanan pelaksanaan amalan pengurusan penyelenggaraan perumahan awam PBT telah pun berjaya ditentukan. Akhir sekali, kajian ini juga didapati telah berjaya membangunkan suatu kerangka khusus amalan pengurusan penyelenggaran terbaik perumahan awam PBT. Amalan terbaik tersebut telah dirangka berdasarkan 5 komponen/ elemen utama iaitu ialah perancangan strategik, pengurusan sumber, pengurusan maklumat, penglibatan penghuni, dan pengawalan prestasi. | en_US |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/3433 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Sains Malaysia | en_US |
dc.subject | Pengurusan penyelenggaraan perumahan awam (PBT.) | en_US |
dc.title | Amalan Terbaik Pengurusan Penyelenggaraan Perumahan Awam Pihak Berkuasa Tempatan | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Files
License bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- license.txt
- Size:
- 1.71 KB
- Format:
- Item-specific license agreed upon to submission
- Description: