Pemetaan Simbol Pergerakan Tarian Menghadap Rebab Dari Perspektif Alam Semula Jadi Dan Islam Melalui Alat Perakam Gerak

dc.contributor.authorMohd Bakhir, Norfarizah
dc.date.accessioned2022-09-15T01:59:26Z
dc.date.available2022-09-15T01:59:26Z
dc.date.issued2020-07
dc.description.abstractTarian Menghadap Rebab merupakan tarian pembukaan yang wajib dilakukan untuk sebuah persembahan Makyung. Kehalusan dalam persembahan tarian Menghadap Rebab dapat dilihat dan dihayati secara visual. Akan tetapi tiada data yang melihat simbol dan corak dalam pergerakan tarian ini serta melihat pentafsiran dari segi falsafah alam semula jadi dan Arabesque. Tarian Menghadap Rebab secara makro dilihat mempunyai persamaan dengan unsur-unsur alam semula jadi berdasarkan lirik lagu dan pergerakan tarian. Penggunaan simbolisme dalam tarian Menghadap Rebab menunjukkan terdapat kaitan yang penting dengan alam semula jadi dan berkait rapat dengan unsur-unsur kepercayaan lama, seperti animisme, pengaruh Hindu dan Buddha serta agama Islam. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pergerakan tarian Menghadap Rebab secara mikro yang dipetakan dengan menggunakan alat perakam gerak. Apabila pergerakan tarian dilakukan, simbol akan dijana. Setiap pergerakan ini akan dianalisis bagi melihat hubungan persamaan yang dihasilkan dengan falsafah alam semula jadi dan agama berpandukan garisan yang dipetakan melalui alat perakam gerak. Penggunaan teknik rakaman gerak akan memudahkan proses mendapatkan kesahihan simbol dan makna dalam tarian yang diperoleh daripada pemetaan tersebut. Kajian ini dibantu dengan penggunaan analisis kandungan deskriptif dan analisis tema bagi melihat dan memahami makna dalam persembahan tarian Menghadap Rebab. Penggunaan teori biomekanik, teori seni dan teori simbolisme akan memperkukuhkan analisis pergerakan tarian ini.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/16090
dc.publisherUniversiti Sains malaysiaen_US
dc.subjectPergerakan Tarianen_US
dc.subjectRebaben_US
dc.titlePemetaan Simbol Pergerakan Tarian Menghadap Rebab Dari Perspektif Alam Semula Jadi Dan Islam Melalui Alat Perakam Geraken_US
dc.typeThesisen_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: