Ciri-ciri komuniti maya dan lkatan sosial: satu kajian kes ke atas pelayan chat ils.kencomp.net
Loading...
Date
2003-06
Authors
Clara Ooi, Wai Queen
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan komuniti maya amat ketara
disebabkan oleh penyatuan teknologi komputer dan Internet. Internet sering kali dirujuk
sebagai sebuah komuniti dalam banyak penulisan, tetapi bukti untuk menyokong
perkembangan Internet sebagai sebuah komuniti kurang diberi perhatian dan penjelasan.
Kajian telah dijalankan untuk mengkonsepsualisasikan komuniti dan menghubungkan
atau mengaplikasikannya ke alam Internet, tetapi sehingga hari ini, masih wujudnya
kekaburan dan kekeliruan dalam mendefinisikan komuniti maya (virtual) di Internet.
Oleh yang demikian, kajian ini mengkaji kewujudan elemen-elemen yang tertentu yang
akan menandakan kehadiran komuniti di Internet. Satu survei dijalankan di kalangan
peserta-peserta di salah satu pelayan (server) NetMeeting, melalui ils.kencomp.net, yang
bertapak di United Kingdom. Kajian ini turut diperkukuhkan melalui gabungan kaedah
penyertaan-peserta. Kedua-dua kaedah ini telah digunakan untuk menentukan sifat
pembentukan jalinan sosial dalam konteks di mana ia boleh dikaitkan dengan definisi
komuniti di Internet. Ia turnt mengklasifikasikan pelbagai bentuk komunikasi melalui
komputer (CMC-Computer Mediated Communication) yang wujud di Internet. lenisjenis
interaksi yang berlainan ini dinilai untuk melihat bagaimana ia dapat dimuatkan
dalam satu skema komuniti di Internet. 60 peserta dari pelayan ils.kencomp.net menyertai
dan melengkapkan borang soal selidik mengenai hubungan dan persahabatan talian
(online) mereka, frekuensi interaksi talian mereka, perasaan mereka mengenai
ils.kencomp.net, serta pelbagai indikator dalam mengukur kehadiran komunal dan
sentimen komuniti. Keputusan dan hasil penemuan menunjukkan sebahagian besar
daripada hubungan sosial di ils.kellcomp.net bertepatan dan menyamai elemen serta ciriix
ciri hubungan sosial komunal. Ia tumt menunjukkan kewujudan sentimen komuniti di
ils.kencomp.net. Hasil penemuan tumt menunjukkan tahap komitrnen dan ikatan yang
tinggi di antara mereka yang mempunyai hubungan persahabatan yang rapat di
ils.kencomp.net. Berdasarkan hasil kajian, maka disimpulkan bahawa komuniti maya
yang wujud melalui Internet, seperti yang ditunjukkan di ils.kencomp.net mempunyai
ciri-ciri asas sebuah komuniti.
Description
Keywords
Pertumbuhan komuniti maya amat ketara , disebabkan oleh penyatuan teknologi komputer dan Internet