Perlaksanaan Perumahan Kos Sederhana Rendah Di Kuala Lumpur : Keberkesanan Dasar Dan Garis Panduan Kerajaan
Loading...
Date
2003-02
Authors
Shuid, Syafiee
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Pembangunan perumahan untuk semua golongan pendapatan merupakan aspek
penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan menjana pembangunan negara
secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun pencapaian pembinaan perumahan
kos sederhana rendah iaitu perumahan yang berharga di antara RM42,001 hingga
RM60,000 seunit dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) pada
tahap 20. 7% dari sasaran yang ditetapkan adalah amat mendukacitakan.
Untlik itu kajian ini akan dilakukan bagi meneliti keberkesanan dasar dan juga garis
panduan perumahan terutama untuk kos sederhana rendah yang disediakan o/eh
pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan hinggalah oleh Pihak Berkuasa
Tempatan. lni bertujuan untuk menilai sama ada dasar dan garis panduan sed/a ada
telsh mencspai sasaran pembinaan unit yang telah ditetapkan di dalam tempoh
Rancangan Pembangunan Uma Tahun berkenaan. Kajian yang dilakukan adalah
berbentuk deduktif dan diana/isis secara kualitatif dengan tumpuan dilakukan
terhadap perkembangan dasar perumahan di negara ini terutamanya yang berkaitan
dengan p~rumahan kos sedetttana rendah.
Kelemahan menterjemahkan dasar perumahan kos sederhana rendah dan ketiadaan
garis panduan yang menyeluruh serta lengkap telah menyebabkan wujud masa/ah di
dalam perlaksanaan perumahan kos sederhana rendah di peringkat tempatan seperti
hasil ksjian yang dijalankan di kawasan bandaraya Kuala Lumpur. Pf:!ncapaian
pembinaan perumahan kos secferhana rendah di Kuala Lumpur dalam tempoh RM7
hanyalah 27.3% dari sasaran yang ditetapkan.
Keperluan terhadap penyediaan dokumen khusus "Dasar Perumahan Negara"
ada/ah meruncing bagi memastikan setiap rakyat tidak kira golongan pendapatan
tidak terpinggir di dalam mendapatkan perumahan yang berkualiti pada harga yang
mereka mampu. Untuk itu kajian Janjut perlu dilakukan bagi melihat aspek yang perlu
dipertimbangkan di dalam penyediaan dasar perumahan tersebut bagi rnerangka
perancangan dan pembangunan peromahan sehingga 20.:.30 tahun akan datang.
Description
Keywords
Perlaksanaan perumahan kos sederhana Rendah , di kuala lumpur.