Realiti Kes Nirmala Bonat Dalam Berita Akhbar Utusan Malaysia Dan Waspada: Satu Analisis Pembingkaian

Loading...
Thumbnail Image
Date
2011
Authors
Butsi, Febry Ichwan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Setakat ini ramai Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang bekerja secara rasmi berjaya dan selesa di Malaysia, tetapi ada juga TKI Indonesia mengalami penyiksaan, layanan buruk atau ketidakadilan pada masa bekerja. Kes yang banyak menimpa TKI adalah terutama pembantu rumah tanggga. Satu kes paling besar dan diberitakan media adalah penyiksaan Nirmala Bonat semasa dia bekerja di rumah majikannya Yim Pek Ha. Nirmala adalah pembantu rumah tangga asal Kupang, Nusa Tenggara Timur Indonesia yang berjaya keluar dari rumah majikan pada bulan Mai 2004 selepas mengalami kecederaan berat di sekujur tubuhnya. Kes itu menjadi perhatian masyarakat awam sama ada Malaysia dan Indonesia tetapi juga peringkat antarabangsa, kesudahan daripada kes ini adalah dijatuhkannya hukuman kepada Yim Pek Ha selama 18 tahun penjara pada tahun 2008 setelah menjalani masa pembicaraan di Mahkamah Sesyen selama 4 tahun. Permasalahan dalam penyelidikan bermula daripada pendekatan konstruktivisme dalam memandang berita. Berita dalam pandangan konstruktivis adalah fakta di media berbeza dalam erti yang sebenarnya (fakta empirik). Penyelidikan ini menerokai bagaimana realiti kes Nirmala Bonat didedahkan dalam berita di akhbar. Penyelidikan menyelidiki 2 akhbar dari negara Malaysia dan Indonesia. Untuk Malaysia, penyelidik memilih Utusan Malaysia dan Indonesia iaitu akhbar Waspada, pemilihan kedua akhbar ini kerana kedua akhbar ini besar baik dari aspek purata naskah dan pembaca. Penyelidikan ini akan menggunapakai metod triangulasi yang diubah suai daripada Norman Fairclough, ada dua paras yang diselidiki iaitu teks berita dan newsroom. Untuk paras teks berita penyelidik menggunapakai analisis kandungan kuantitatif (content analysis) dan analisis pembingkaian (konstruktivis). Pada paras newsroom analysis penyelidik menggunapakai metod temubual kepada pengarang akhbar. Penyelidikan ini mendapati bahawa konstruksi berita kes Nirmala Bonat sama ada Utusan Malaysia dan Waspada sama-sama memandang Nirmala sebagai mangsa yang patut dibela dan mendapat keadilan. Tetapi Yim Pek Ha dipandang bersalah dan patut mendapat hukuman. Pola konstruksi berita yang dibina oleh kedua akhbar ini sedikit berbeza, Utusan Malaysia lebih memandangkan bahawa kes ini adalah kes hukum dan perikemanusiaan, sementara itu Waspada lebih menuliskan beritanya dengan membabitkan luahan perasaan nasionalisme kepada pembaca dalam mendedahkan kes ini. Ideologi akhbar ternyata tidak menjadi pertimbangan Utusan Malaysia dalam memberitakan kes Nirmala Bonat, ideologi Ketuanan Melayu dan Perlembagaan yang dibina Utusan Malaysia tidak diguna pakai, kerena walaupun Nirmala adalah bukan Melayu, beragama Kristian dan warga Indonesia tetap diberitakan dengan harapan mendapatkan keadilan hukum di Mahkamah Sesyen. Sementara Waspada sememangnya menyokong Nirmala kerana dia warga negara Indonesia tanpa ambil kira dia seorang Kristian dan prinsip perikemanusiaan juga diluahkan dalam berita Waspada.
Description
Keywords
Nirmala Bonat , Febry Ichwan Butsi
Citation