Penilaian Dasar Pengurusan Perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Di Nusa Tenggara Timur Indonesia Yang Bersempadan Dengan Timor Leste Dan Australia
Loading...
Date
2015-09
Authors
LARA ABA, FRANSISKUS X
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian penilaian dasar pengurusan perancangan pembangunan ekonomi wilayah di Nusa Tenggara Timur (NTT) Indonesia bersempadan dengan Timor Leste dan Australia mencakupi tiga objektif utama.: Pertama, perancangan teori pembangunan ekonomi wilayah. Kedua, perancangan ekonomi wilayah NTT Indoneisa iaitu: tahap perbezaan pembangunan wilayah dan strategi pembangunan ekonomi yang menekankan keunggulan sektor asas. Ketiga, analisis potensi pengembangan ekonomi wilayah sempadan sebagai ukuran pembangunan ekonomi NTT Indonesia.
Analisis pendapatan per kapita, jumlah penduduk, pengeluaran kerajaan, serta eksport barangan dan perkhidmatan dalam tempoh 25 tahun 1988-2012 dengan model Location Quetion (LQ) pendekatan KDNK, terbukti NTT Indonesia memiliki dua sektor asas (LQ >1), iaitu sektor pertanian dan perkhidmatan. Analisis perkongsian anjakan (Shift Share) kadar t pertumbuhan ekonomi NTT Indonesia lebih lambat dibandingkan dengan nasional. Analisis keanjalan saiz dan regresi jumlah penduduk mendorong semua sektor ekonomi dan eksport di NTT Indonesia. Pengeluaran kerajaan dan kewangan wilayah NTT Indoneisa tidak begitu stabil.
Dapatan kajian ini juga mengutarakan tiga cadangan yang boleh diaplikasikan iaitu: Nilai-nilai baru ditransformasikan dalam tindakan pembuatan dasar perancangan pembangunan ekonomi wilayah sempadan berdasarkan sektor asas ekonomi dan pengembangan kaedah perancangan ekonomi wilayah sempadan dapat merespon dinamika masyarakat mahupun perubahan sosial ekonomi berdasarkan ruang geografi. Juga perlu mengembangkan hubungan kerja sama secara menegak atau mendatar pada pelaku berkepentingan secara harmoni dalam perancangan pembangunan ekonomi wilayah sempadan di peringkat pusat, negeri atau wilayah di Indonesia dengan Negara Timor Leste dan Australia.
Description
Keywords
Penilaian Dasar Pengurusan Perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah , Di Nusa Tenggara Timur Indonesia Yang Bersempadan Dengan Timor Leste Dan Australia