The Effects Of Immersive Multimedia Learning With Peer Support On Vocabulary, Grammar, English Oral Skills, And Motivation

Loading...
Thumbnail Image
Date
2015-02
Authors
ASNAWI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kaedah pengajaran bahasa Inggeris yang digunapakai di Indonesia mempromosi strategi code-switching yang menyebabkan secara berleluasa sebutan lisan bahasa Inggeris dibuat mengikut resam bahasa Indonesia. Kajian ini menguji kesan kaedah pembelajaran imersif yang tidak melibatkan bahasa pertama pelajar dengan menggunakan bahan-bahan multimedia bersama sokongan rakan ke atas prestasi bahasa Inggeris dari aspek perbendaharaan kata dan tatabahasa, serta keterampilan lisan dalam membaca dan bertutur berdasarkan enam aspek iaitu hentian, frasa, penekanan, intonasi, kadar, dan integrasi. Kajian ini juga mengkaji kesan kaedah ini ke atas prestasi dan motivasi mengikut pencapaian pelajar dan jantina. Kajian kuasi-eksperimen dengan reka bentuk faktorial 2 x 2 bersama ujian-ujian pra dan pasca telah digunakan. Faktor pertama ialah pemboleh ubah bebas kajian iaitu kaedah pengajaran multimedia imersif dengan dan tanpa sokongan rakan, manakala faktor kedua terdiri daripada pencapaian pelajar untuk bahasa Inggers dan jantina. Pemboleh ubah bersandar kajian ialah perbendaharaan kata, tatabahasa, motivasi serta keterampilan lisan dalam membaca dan bertutur yang diukur melalui faktor-faktor hentian, frasa, penekanan, intonasi, kadar, dan integrasi. Sejumlah 80 pelajar universiti tahun pertama dari kelas-kelas sedia ada yang mendaftar di dalam kursus bahasa Inggeris sebagai bahasa asing telah dipilih untuk kajian ini dan rawatan berlangsung selama lapan minggu.
Description
Keywords
The Effects Of Immersive Multimedia Learning With Peer Support , On Vocabulary, Grammar, English Oral Skills, And Motivation
Citation