Rekabentuk model Pedagogi Sains sekolah rendah abad 21

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016
Authors
Mohd Yunus, Hashimah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk model Pedagogi Sains Sekolah Rendah Abad 21 supaya Model ini dapat digunapakai Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Satu soal selidik telah dibina untuk mendapatkan tahap pengetahuan guru terhadap 7 komponen yang menjadi tunggak dalam pedagogi sains abad 21 iaitu Fasih Media Teknologi Maklumat. Transdisiplinari. Kolaboratif. Kreativiti dan Inovasi. Gabungjalin Inkuiri. Isu Sosiosaintifik dan Kontekstual telah dikenalpasti sebagai komponen penting bagi rekabentuk Model Pedagogi Sains Sekolah Rendah. Dapatan menunjukkan bahawa setiap subkonstruk dan konstruk mempunyai hubungan yang signifikan. Hal ini menunjukkan guru sains sekolah rendah memerlukan semua konstruk yang dicadangkan dalam model pedagogi ini. Ketiadaan salah satu subkontruk atau konstruk yang dicadangkan boleh menyebabkan kemah iran guru di abad 21 dipertikaikan. Terdapat sebanyak 867 (63.8% kadar pulangan) daripada 1360 guru yang mengambil bahagian dalam soal selidik dan seramai 15 orang guru sains sekolah rendah telah terlibat dalam temubual.
Description
Keywords
Model Pedagogi , Abad 21
Citation