Penerokaan Pengaruh Keperluan Kriminogenik, Jantina Dan Jenis Jenayah Terhadap Risiko Berulangnya Jenayah Dalam Kalangan Banduan Di Medan Dan Jakarta
Loading...
Date
2016-12
Authors
Hasnida
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Dalam menjalankan penilaian terhadap seseorang banduan, adalah penting untuk mengetahui faktor-faktor kontekstual yang mempengaruhi jenayah yang dilakukan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa sikap dan kepercayaan projenayah, perhubungan dengan individu atau kumpulan antisosial, sejarah jenayah sebelumnya, penglibatan ahli keluarga dalam jenayah, masalah di sekolah atau tempat kerja, penggunaan alkohol juga dadah, masalah kewangan dan aktiviti masa lapang adalah faktor-faktor yang mencetuskan penglibatan seseorang dalam jenayah. Kesemua faktor ini dianggap sebagai keperluan criminogenic. Di Indonesia, penilaian risiko dan penilaian keperluan kepada banduan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan risiko pengulangan jenayah dalam kalangan banduan berdasarkan keperluan criminogenic, jantina dan jenis jenayah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif. Data dikumpul melalui temu duga berstruktur dengan 218 orang banduan dari dua buah penjara di Medan dan sebuah penjara di Jakarta. Instrumen temu bual yang digunakan ialah Risiko Residivisme – Indonesia (RR-I) dan Asesmen Faktor-Faktor Criminogenic Indonesia yang diadaptasi daripada Level of Service Inventory-Revised (LSI-R). Hasil standard multiple regresion menunjukkan bahawa masalah-masalah di sekolah atau tempat kerja, penggunaan arak atau dadah dan masalah keperluan lain merupakan peramal paling signifikan bagi risiko berulangnya jenayah. Hasil ANOVA pula menunjukkan bahawa kesan jantina dan jenis jenayah terhadap risiko berulangnya jenayah adalah signifikan tetapi interaksi jantina dengan jenis jenayah adalah tidak signifikan. Banduan lelaki mempunyai risiko mengulangi jenayah yang lebih tinggi berbanding banduan perempuan. Banduan yang melakukan jenayah berkaitan dengan arak atau dadah mempunyai risiko mengulangi jenayah yang lebih tinggi berbanding banduan yang melakukan jenayah yang tidak berkaitan dengan arak atau dadah. Hierarchical multiple regression menujukkan bahawa jantina ialah moderator signifikan bagi hubungan antara kesemua tujuh faktor keperluan criminogenic dengan risiko berulangnya jenayah. Jenis jenayah ialah moderator signifikan bagi hubungan antara dua keperluan criminogenic (masalah di sekolah atau tempat kerja dan hubungan dengan keluarga atau masyarakat) dengan risiko berulangnya jenayah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa keperluan criminogenic, jantina dan jenis jenayah mempunyai kesan signifikan terhadap risiko berulangnya jenayah. Oleh itu, kerajaan perlu menyedari tahap risiko banduan apabila menempatkan mereka di penjara. Program rehabilitasi semasa juga perlu disemak semula berdasarkan tahap risiko dan keperluan criminogenic daripada banduan. Kedua-dua langkah ini diharapkan dapat mengurangkan pengulangan jenayah dalam kalangan banduan.
Description
Keywords
Sikap dan kepercayaan projenayah , perhubungan dengan individu atau kumpulan antisosial